ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Tempahan Perodua Bezza akan dibuka mulai esok!

Views

Yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi! Sedan pertama keluaran Perodua yang diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) boleh ditempah mulai esok 16hb Julai di semua 181 bilik pameran seluruh negara. Model yang direka bentuknya oleh anak Malaysia ini mendapat sokongan padu daripada Daihatsu Motor Company, Jepun. Ia bakal dilancarkan secara rasmi pada 21hb Julai nanti.

President & CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, “Nama Bezza diinspirasikan dari perkataan ‘Beza’ dalam Bahasa Malaysia dan abjad Z berganda dalam ejaannya melambangkan kehadiran Perodua selama 22 tahun dalam pasaran automotif di Malaysia.”

Bezza merupakan model transformasi kedua selepas Axia dan siap sedia untuk menjadi kereta global Perodua dengan varian 1.3L Advance dilengkapi dengan ciri ciri keselamatan yang termaju. Ia dikeluarkan di kilang yang mendapat pengiktirafan EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd yang mempunyai fasiliti tercanggih dengan lebih 75% penggunaan automasi.

Dengan menggunakan tagline ‘Beyond Compact’ Bezza didatangkan dengan lima varian, 1.0L Transmisi Manual & Automatik, 1.3L “Premium X” Transmisi Manual & Automatik, dan varian tertinggi 1.3L “Advanced Version” dengan Transmisi Automatik.

Varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Cengkaman (TRC) yang membantu pemandu untuk mengekalkan cengkaman semasa melalui jalan yang licin. Selain itu ia turut dilengkapi dengan Bantuan Mendaki atau Hill Start Assist (HSA) sebagai ciri tambahan.

perodua sedan

Paling menarik kesemua varian Perodua Bezza dilengkapi dengan sistem ABS, EBD dan pengelap cermin yang boleh berubah kelajuan selari dengan pecutan kenderaan (speed sensing wiper). Ciri ini amat membantu penglihatan pemandu semasa hujan. Sedan ini mempunyai ruang bagasi 508 liter, yang paling luas dalam kelasnya. Kerusi belakangnya juga boleh dilipat (60:40) yang membolehkannya menjadi 8 +1 konfigurasi tempat duduk.

Buat pertama kalinya, Perodua memperkenalkan dua pilihan penjana kuasa terbaharu 1.0 liter 1KR-VE dengan VVT-i dan 1.3 litre 1NR-VE dengan Dwi Dual VVT-i. yang dipadankan dengan pilihan transmisi manual lima-kelajuan atau transmisi automatik empat-kelajuan (E-AT).

Enjin Perodua Bezza 1.0 liter mencatatkan penggunaan petrol sehingga 22.8km bagi setiap liter dengan transmisi manual, manakala dengan transmisi automatik ia mampu bergerak sejauh 21.3 kilometer dengan setiap liter petrol dengan pemanduan Eco.

Untuk varian 1.3 litre transmisi manual dengan pemanduan Eco ia membolehkan Bezza bergerak sejauh  21.7 kilometer untuk setiap liter petrol. Varian dengan transmisi automatik pula boleh mencecah jarak 22 kilometer untuk setiap liter petrol dengan sistem ‘Eco Idle’ yang hanya ditawarkan untuk varian Advance sahaja.

Sistem ‘Eco Idle’ akan mematikan enjin ecara automatik semasa kereta sedang melahu (idle) dan dihidupkan semula selepas brek dilepaskan. Ciri ini mempu mengurangkan penggunaan bahan api dan pencemaran. Sistem ini boleh dinyah-aktifkan oleh pemandu mengikut kehendak mereka. Untuk setangki penuh, Bezza mampu bergerak sejauh 792km.

perodua bezza - rear design

Pelbagai lagi ciri menarik terdapat pada model Bezza seperti butang mula/henti dan kemasukan pintar dengan kunci pintar yang hanya ditawarkan pada varian 1.3L sahaja. Selain itu, varian Bezza 1.3L Advance dilengkapi peranti penghubung multimedia mudah alih yang membolehkan pengguna untuk mengakses media sosial dan ciri hiburan gajet Android mereka semasa kereta dalam keadaan pegun.

Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps menerusi ciri “Smart Link”. Penumpang di belakang juga boleh mengecas peranti mereka dengan port USB yang terletak di konsol tengah belakang. Perodua Bezza juga dilengkapi dengan antena sirip jerung, pembuka boot kawalan jauh, tingkap kuasa satu sentuhan dengan perlindungan jem, sensor depan dan sudut hadapan, kamera undur, snsor undur dan banyak lagi.

Bezza didatangkan dengan enam pilihan warna termasuklah dua warna baharu Sugar Brown dan Ocean Blue untuk varian 1.3L selain warna sedia ada seperti Lava Red, Ebony Black, Glittering Silver dan Solid Ivory White. Perodua menggunakan cat mesra-alam berasaskan air yang turut memberikan kemasan yang lebih baik. Jom ke Rumah Terbuka Raya Perodua hujung minggu ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang di semua bilik pameran Perodua seluruh negara!

* Kami berpeluang untuk memandu uji Perodua Bezza esok. Nantikan laporan dari kami ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

perodua sedan  perodua bezza - rear design Open Booking 16 July 2016 Product Flyer

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • Tengok pada gambar kedua tu mcm x berapa nk lawa pulak..nampak tinggi dgn rear wheel arc yg sedikit kecil..mungkin tengok live lawa kot..dgn pelancaran Bezza yg semestinya menggangu market Saga dan Persona, saya agak setuju kalau Proton akan tangguhkan dulu pelancaran dua2 model tersebut just utk sebulan dua dr tarikh pelancaran asal supaya Saga dan Persona dpt belajar dr Perodua utk Bezza bg sedan yg diingini org ramai..rata2 potential buyers sgt kagum dan x sabar utk melihat dgn lebih dekat Bezza ni..dulu kekuatan Proton mungkin pada safety features nya namun skrg Perodua juga tak kurang hebatnya walau 5 Star ANCAP hanya utk variant tertinggi..tambahan dgn enjin yg menjimatkan minyak menambah lg faktor kelebihan utk Bezza..2016 tahun yg agak teruk utk Proton, dgn Perdana yg dikritik fake diffuser nya tambah pulak dgn pilihan warna baige+wooden yg nampak seakan tahun 2000..mungkin kehadiran GDI dan TGDI memberi nafas baru utk Proton..better late than never..mungkin..


    • tangguh sebulan dua xde efek pn, sbb proton nk buat major changes pn xsempat.

      apa yg mgkn proton boleh buat ialah perhatikan bezza ini & try improve:
      1. bezza provide compartment utility sblh tayar spare,
      2. fit n finish bezza nampak cantik,

      goodluck bezza


  • dengar2, harganya sekitar 41k ~ 49k.. jika benar, maka bezza tak dapat lawan harga Saga yg dikatakan ada rupa ala2 VW Polo

    lg satu.. semasa sys eco idle berfungsi, maka aircond tidak berfungsi.. Nampak mcm tak praktikal terutama ketika waktu panas


    • Mmm… model nie akan ada kelasnya tersendiri bila depa declare sebagai model eev sedan pertama. Umpanan harga terendah dlm rm35k sudah cukup menoleh perhatian pembeli utk membelek2 model nie di showroom nanti. Walaupun nanti model dgn spek pertengahan n advance menjadi pilihan.

      Rekabentuk dlman, sy suka design stereng bezza. Walau tiada apa sgt fungsi canggih kat stereng tu, kombinasi silver tu nampak premium plak. Lampu depan pun tampak garang, masuk dgn design bumper. Cuma x berkenan kat design blah dlm grill. Mcm ada cardboard tersekat kt situ. Utk model sedan kurang sesuai walau fungsinya utk kurangkn angin masuk kt bahagian tu. Myvi n iriz ada gak design cardboard tu.

      Design belakang no komen la. Disebbkn model nie menekankn ruang bagasi yg luas, bhgian belakang agak tinggi sket. Lampu blakang ala2 vios kacuk dgn civic dlm situasi saga:) bumper blakang agak terjungkit sket.

      Cheers!


  • Kereta Proton dan Perodua ? yang membezakan nya dan amat ketara sekali dari segi servis dan on time delivery.

    Proton servis??????
    Perodua servis ???????????


    • saya sokong 100000000000 X.. Still selesa dgn cara lama.. Come on la Proton.. Sedar sikit untuk perbaiki After Sales.. Amik contoh terbaik dari Perodua..

      Contoh Proton SOP:
      Appointment pukul 9a.m. —> dtg pukul 8.45a.m–> Tunggu nama dipanggil (ikut Q), pukul 10 dpt Nombor giliran.. kete masuk dlm servis bay kul 11a.m.Apa ke bangang dh buat appointment tp still ikut Q?? Ketahian apa ni?? Basic service 2-3 jam..

      Contoh SOP Perodua:
      Appointment pukul 9a.m. —> dtg pukul 8.45a.m–> Tunggu nama dipanggil (Slot jam servis dh disediakan, pukul 9.a.m kete masuk dlm servis bay.. Basic service 1 jam..

      Perbezaan di atas adalah antara Service Center Proton dgn Service Center Perodua.

Leave a Reply