ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan roadster elektrik MG Cyberster kini dibuka – Anggaran harga di bawah RM350,000

Berita Tempatan

Views

SAIC Motor Malaysia kini membuka tempahan model roadster elektrik, MG Cyberster dengan anggaran harga di bawah RM350,000.

Roadster elektrik yang menampilkan pintu gunting ikonik ini bakal membuat penampilan umumnya di Auto Car Expo (ACE) 2024.

Model ini boleh didapati dalam empat pilihan warna menarik iaitu, Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White. Warna Dynamic Red dan Camden Grey didatangkan dengan kemasan dalaman kombinasi warna hitam dan merah.

Inca Yellow dan English White pula diberikan kemasan dalaman dengan rona kelabu. Kesemua model datang dengan bumbung hitam yang anggun untuk penampilan yang lebih bergaya.

MG Cyberster didatangkan dalam satu varian sahaja yang dilengkapi dengan dwi motor, pacuan semua roda (4WD) yang menjana output 503 PS dan 725 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti 77 kWj dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat serta menawarkan jarak pemanduan sehingga 446 km (WLTP).

Baterinya boleh dicas menggunakan pengecas AC 7 kW yang mengambil kira-kira 10.5 jam untuk cas penuh dari takat bateri 10 hingga 100 peratus.

Ia turut menyokong pengecasan pantas 150 kW DC yang membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa hanya 38 minit.

Dari segi reka bentuk, MG Cyberster tampil dengan siluet rendah dan lebar serta bumbung lembut yang boleh dibuka. Pintu gunting elektrik tanpa bingkainya bukan sekadar memudahkan akses keluar masuk malah turut menambah gaya.

Penampilan luarannya turut dilengkapi roda aloi Jetstream 20-inci, angkup brek merah dan lampu depan LED automatik dengan lampu siang (DRL).

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Ruang kabin Cyberster menampilkan pakej dalaman sporty dengan tempat duduk sport kemasan kulit yang dihiasi sisipan Alcantara dan stereng berbalut kulit Nappa.

Sistem inforianya dilengkapi skrin sentuh bersaiz 7-inci, paparan pemacu 10.25 inci dan dua skrin tambahan di kiri dan kanan, serta sistem audio Bose dengan 8 pembesar suara.

Dari segi keselamatan roadster ini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) di bawah jenama MG Pilot yang terdiri daripada:

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan motosikal
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC),
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
  • Amaran dan Bantuan Lorong (LDW & LKA)

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan Pengesanan Titik Buta (BSD), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA), dan Bantuan Suluhan Lampu Tinggi Pintar.

Kunjungi ACE 2024 dan berpeluang untuk memandu uji model-model seperti MG HS SUV, MG5 Sedan, MG4 EV, termasuk MG ZS EV SUV. Pameran ini bakal berlangsung pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Setia City.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply