ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Toyota Corolla Cross Hybrid kini dibuka, harga anggaran dari RM137,000

Berita Tempatan

Views

Laman sesawang rasmi Toyota Malaysia telah mula membuka tempahan bagi model terbaharu mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu, Corolla Cross Hybrid. Harga anggaran yang dicadangkan adalah bermula dari RM137,000 (termasuk pengecualian SST, tanpa insurans) untuk Semenanjung Malaysia.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Toyota Malaysia turut menawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan lapan tahun untuk unit hibrid yang merangkumi bateri, penyongsang (inverter) dan unit kawalan pengurusan kuasa (ECU).

Lima pilihan warna ditawarkan, Red Mica Metallic, Nebula Blue Metallic, Silver Metallic, Platinum White Pearl dan warna khas untuk versi hibrid sahaja, Celestite Grey Metallic. Corolla Cross Hybrid dijana oleh enjin 2ZR-FXE 1,798 cc yang mungkin sama seperti yang ditawarkan di Thailand.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Enjin itu digabungkan dengan motor elektrik berkuasa 72 PS dan 163 Nm daya kilas. Kombinasi enjin dan motor elektrik ini dipadankan pula dengan transmisi e-CVT. Model yang dipasang secara CKD ini akan dilengkapi dengan sistem keselamatan Toyota Safety Sense.

Selain itu, ia turut dilengkapi pilihan mod pemanduan Eco, Sport dan EV, paparan pelbagai info (MID) bersaiz 7-inci, sistem pemantauan titik buta dengan amaran lintasan trafik di belakang, monitor pandangan keliling 3D dan Sistem Telematik Kenderaan (VTS).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply