ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Toyota Vios baharu dibuka – Pelantar DNGA, dua varian, harga dari RM 90k

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya membuka tempahan Vios baharu yang ditawarkan dengan dua varian sahaja. Berikut adalah senarai varian dan harga anggarannya (harga atas jalan tanpa insurans):

  • Toyota Vios 1.5E – RM 90,000
  • Toyota Vios 1.5G – RM 96,000

Lima pilihan warna akan ditawarkan, antaranya Platinum White Pearl, Silver Metallic, Attitude Black, Nebula Blue Metallic dan satu warna baharu iaitu Spicy Scarlet. Namun, anda perlu menambah duit sebanyak RM400 untuk warna Platinum White Pearl.

Vios generasi keempat ini yang dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan ia menampilkan gaya reka bentuk ‘fastback‘, garis lekuk badan yang lebih tajam dan penggunaan lampu depan serta belakang jenis LED.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Di bahagian kabin ia menampilkan papan pemuka kemasan dwitona, paparan meter digital 7-inci, kawalan pendingin hawa digital, corong pendingin hawa di belakang dan unit inforia gaya terapung 9-inci yang menyokong ketersambungan nirwayar Apple CarPlay dand Android Auto.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paddle shifter dan brek parkir elektronik dengan fungsi Autohold. Antara ciri lain model ini adalah rim aloi bersaiz 17-inci dan tiga mod pemanduan iaitu Power, Eco dan Normal.

Vios baharu dikuasakan oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter DOHC Dual VVT-i yang menjana 105 kuasa kuda dan daya kilas maksima 138 Nm.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Enjin kenderaan cekap tenaga (EEV) ini dipadankan pula dengan transmisi automatik CVT 7-kelajuan dengan Sequential Shiftmatic bagi memberikan pecutan lebih pantas dan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Pencegahan Keluar Lorong
  • Amaran Keluar Lorong
  • Amaran Kenderaan Di hadapan
  • Sistem Pra-perlanggaran
  • Kawalan Kekal Lorong
  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Pancaran Lampu Tinggi Auto

UMWT turut menawarkan jaminan selama 5-tahun dengan perbatuan tanpa had. Pelanggan juga boleh menikmati bantuan tepi 24SEVEN Road Assist dan tiga tahun langganan percuma untuk Toyota Vehicle Telematics System.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply