ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION baharu kini dibuka – Harga bermula dari RM245,000

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mula menerima pra-tempahan untuk Arteon R-Line 4MOTION baharu. Model yang dipasang secara temapatan (CKD) di Pekan, Pahang, ini dijangka ditawarkan pada harga bermula dari RM245,000 hingga RM255,000.

Mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia tahun lalu, Arteon menjadi model pertama yang menggunakan logo Volkswagen dan R baharu. Karekter atletik Arteon R-Line diserlahkan dengan kemasan R-Line yang sporty. Jeriji dan bampar hadapan yang telah direka semula kini kelihatan lebih mantap bersama lampu utama LED penuh.

Pada bahagian belakang, lampu LED 3D dengan lampu signal berturutan meningkatkan lagi karekter reka bentuknya. Arteon dikuasakan oleh enjin turbo 2.0L TSI yang dipadankan bersama kotak gear direct shift klac basah 7-kelajuan DSG.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ia mampu menghasilkan kuasa 280PS dan daya kilsa sebanyak 350Nm di antara 5,100 hingga 6,500rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan semua roda 4MOTION. Arteon hanya memerlukan masa 5.6 saat untuk memecut dari 0-100kmj, sekali gus mengatasi pesaingnya.

Ruang kokpit turut menerima perubahan, antaranya stereng baharu dengan kawalan sentuhan haptik, tempat duduk sport yang dibalut kulit Nappa Carbon bersama logo R baharu serta sistem audio 12 unit pembesar suara premium berkuasa 700-watt daripada Harman Kardon.

Sistem infohibur Discover Pro dengan skrin bersaiz 9.2 inci pula didatangkan bersama ciri kawalan gestur dan suara, selain menyokong sistem App-Connect untuk Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Pemandu pula dihidangkan dengan Digital Cockpit beresolusi tinggi yang menawarkan kemudahan dan boleh diubah suai dengan hanya sentuhan jari. Sistem keselamatan menjadi keutamaan, jadi sistem bantuan pemandu termaju hadir dengan ciri Bantuan Laluan, Bantuan Sisi dan Makluman Pemandu.

Arteon R-Line 4MOTION baharu didatangkan dalam lima warna – pilihan warna metalik ialah biru (Lapiz Blue), kelabu (Manganese Grey) dan perak (Pyrite Silver). Manakala warna dengan efek mutiara pula ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White).

Tempahan boleh dibuat di eShowroom dan untuk maklumat lanjut, layari laman Arteon R-Line 4MOTION di https://www.volkswagen.com.my/the-new-arteon-r-line-4motion.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply