ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Volkswagen Golf R-Line generasi baharu kini dibuka, harga anggaran RM155,000 dan RM165,000

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini telah mula menerima tempahan untuk model Golf R-Line MK8 dengan anggaran harga diantara RM155,000 dan RM165,000.

Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang ini mula diperkenalkan ke pasaran pada tahun 1974. Dengan lebih 35 juta unit terjual sehingga kini, Golf ialah ikon yang terus berevolusi untuk memberikan keterujaan.

Golf serba baharu tampil dengan gaya yang lebih segak dan kontemporari. Rekaan lampu utama LED dan jeriji hadapan kini lebih nipis, serta dipadankan dengan bampar yang garang membuatkan penampilannya semakin mantap.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Diinspirasikan oleh model R yang berprestasi tinggi, R-Line hadir dengan pakej gayaan sporty dan pada masa sama mengekalkan nilai terbaik.

Golf serba baharu menawarkan landskap dalaman digital sepenuhnya yang dikenali sebagai Driver’s Workspace bagi memberi kemudahan dan ketersambungan yang lancar.

Papan pemukanya menampilkan skrin Digital Cockpit bersaiz 10.25-inci generasi baharu, stereng pelbagai fungsi dengan kawalan sentuhan haptik serta sistem infohibur Discover Media termaju bersaiz 10-inci lengkap bersama ciri navigasi.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Satu lagi ciri baharu ialah tombol gear generasi baharu yang kompak dan inovatif, model pertama Volkswagen Malaysia yang dibekalkan dengan ciri itu.

R-Line hadir dengan tempat duduk hadapan sport dibaluti fabrik Sardegna dan Art Velours penyangga sisi untuk keselesaan terbaik. Logo R-Line juga disulam pada penyandar kepala.

Golf R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 1.4TSI yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuanshift by wire‘ yang mampu menjana kuasa 150PS dan 250Nm daya kilas.

Lima pilihan warna ditawarkan, termasuk dua warna baharu iaitu Moonstone Grey (kelabu) dan Kings Red (merah). Warna-warna yang lain termasuklah Atlantic Blue (biru), Deep Black (hitam) dan Oryx White (putih).

VPCM menawarkan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan, penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan bantuan kerosakan selama lima tahun bagi pembelian model hatchback ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply