ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Volkswagen Passat R-Line dibuka – Harga dari RM200,000

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sudah mula menerima pra-tempahan untuk Passat R-Line baharu. Lebih sporty berbanding Passat Elegance, Passat R-Line yang dipasang secara tempatan ini bakal ditawarkan pada harga di antara RM200,000 hingga RM210,000.

Passat R-Line merupakan model R-Line kedua yang ditawarkan oleh VPCM selepas Golf R-Line. Ia tampil dengan kemasan yang sporty menerusi rekaan bampar hadapan dan belakang R-Line baharu, lencana sisi R-Line, kemasan krom dan rim aloi Verona bersaiz 19-inci.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Di bahagian dalaman pula, kemasan R-Line dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan kulit Nappa hitam, kemasan karbon pada tempat duduk, stereng dan pedal sports aluminium. Model ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI baharu yang mampu menjana 190PS dan 320Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan kotak gear DSG 7-kelajuan yang baharu dan telah ditambah baik.

Aspek keselamatan dipertingkatkan lagi melalui ciri Bantuan Sisi dengan jarak pengesanan 180 darjah sehingga 50 meter. Ciri Amaran Trafik Belakang pula memberi amaran kepada pemandu apabila mengundur keluar dari ruang parkir jika terdapat kenderaan yang mendekati pada sudut 90 darjah.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Dari segi ketersambungan pemandu, Passat R-Line dilengkapi sistem infohibur Discover Pro Volkswagen bersama skrin sentuh bersaiz 9.2-inci. Ciri-ciri kemudahan termasuklah kawalan suara, gestur, skrin yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian dan Aplikasi Sambungan Nirwayar dengan Apple Car Play.

Passat R-Line didatangkan dalam enam warna. Warna metalik terdiri daripada biru Aquamarine Blue, Tamarind Brown, Manganese Grey dan Reflex Silver. Selain itu, dua warna mutiara iaitu Deep Black dan Oryx White turut ditawarkan tanpa sebarang penambahan harga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varianp

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply