ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempoh perbaharui cukai jalan dan lesen memandu dilanjutkan hingga akhir tahun

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan melanjutkan tempoh untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu yang tamat tempoh sah, hingga 31 Disember depan.

Menurut Berita Harian, Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata mana-mana pemilik cukai jalan dan lesen memandu yang sudah tamat tempoh sah, tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan serta pematuhan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Namun bagi melindungi pemandu dan pengguna jalan raya yang lain, katanya, pemilik cukai jalan tamat tempoh sah masih perlu memastikan kenderaan berkenaan dilindungi insurans yang sah.

Beliau berkata, pemilik terbabit juga perlu memapar dan menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans yang sah untuk pemeriksaan. Kementerian Pengangkutan amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi di bawahnya seperti JPJ, ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Justeru, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk memberi pelanjutan tempoh untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu hingga 31 Disember 2021.

Susulan itu, Ka Siong berkata, kenyataan sebelum ini bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, mulai 1 Oktober depan, tidak akan dilaksanakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply