ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tender pesawat FLIT/LCA – KAI FA-50 Block 20 dan Leonardo M-346FA sedang bersaing sengit

Berita Tempatan

Views

Tender antarabangsa Kementerian Pertahanan untuk perolehan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) telah ditutup pada 6 Oktober 2021 dan sejak itu bermulalah tugas berat pasukan penilai bagi menentukan pemenangnya.

Menurut portal Defence Security Asia, tender bagi 18 buah pesawat yang dijangka menelan belanja sehingga RM4 bilion itu telah menarik minat beberapa syarikat pengeluar pesawat yang mempertaruhkan model keluaran mereka.

Enam hingga lapan syarikat dikatakan menyertai tender tersebut, antaranya Korea Industries Aerospace (KAI), Hindustan Aeronautics Ltd (HAL), Pakistan Aeronautical Complex/Chengdu Aircraft Industry Group serta China National Aero-Technology Import & Export Corp (CATIC).

Selain itu, syarikat Leonardo dan Saab Group daripada Sweden turut menyertainya. Sejak beberapa minggu lepas, persaingan untuk tender tersebut adalah amat sengit, dengan syarikat-syarikat terlibat mengemukakan pelbagai tawaran kepada Malaysia.

Ini termasuklah barisan pemasangan akhir, pusat Penyelenggaraan, Baik pulih dan Pengubahsuaian (MRO) kepada pemasangan tempatan dan sebagainya.

Walaupun persaingan amat sengit, namun menurut sumber yang dipercayai, dua jenis pesawat FLIT/LCA sedang mendahului persaingan berdasarkan beberapa “kekuatan” yang dimilikinya.

Kedua-dua pesawat itu adalah FA-50 Block 20 yang dibangunkan oleh KAI dan juga pesawat M-346 FA (Fighter Aircraft) yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo.

Kata sumber itu, kedua-dua pesawat tersebut saedang mendahului persaingan kerana beberapa faktor teknikal dan secara logiknya, ia adalah pilihan yang selamat bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Ini kerana, kedua-dua pesawat FLIT/LCA itu telah digunakan oleh banyak negara termasuk di negara-negara serantau dan ia adalah pilihan yang “terbukti”, dengan keselamatan di dalam rantaian alat ganti serta infrastruktur bantuan sedia ada.

Pada ketika ini, pesawat FA-50/TA-50 selain digunakan sendiri oleh Tentera Udara Korea Selatan (kira-kira 60 buah) dan pesawat itu turut digunakan oleh negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Manakala bagi pesawat Leonardo M-346 pula, sejak 2012 pesawat itu telah pun digunakan oleh Tentera Udara Singapura, selain pelanggan-pelanggan lain seperti Tentera Udara Itali, Poland dan Israel.

Pesawat FA-50 dan M-346 telah mencapai tahap “kematangan” tertentu yang membuatkan pelanggan dan bakal pelanggannya berasa selesa untuk menggunakannya.

KAI menerusi rakan tempatannya juga telah memaklumkan beberapa tawaran yang amat menarik sekiranya Malaysia memilih pesawat FA-50.

Selain daripada FA-50 dan Leonardo M-346 yang menikmati kejayaan di pasaran eksport, pesawat-pesawat lain seperti Tejas, JF-17 dan L-15 Hongdu hanya digunakan oleh negara pembuat dan gagal dieksport ke negara luar.

Manakala Hurjet yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) masih di dalam keadaan prototaip, dengan penerbangan pertama akan hanya berlaku di dalam dua hingga tiga tahun mendatang.

Bagi MiG-35 pula, ia hanya digunakan oleh Tentera Udara Russia dalam bilangan yang amat kecil pada ketika ini, selain dakwaan bahawa ia hanyalah “penjenamaan semula” daripada pesawat MiG-29 sebelum ini.

Bersediakah TUDM atau Kementerian Pertahanan menanggung risiko menggunakan pesawat prototaip atau pesawat-pesawat yang tidak digunakan oleh negara lain selain negara pengeluar pesawat itu sendiri?

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

KAI menawarkan pesawat FA-50 Block 20 dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti “Sniper Advance Targeting Pod,” 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration, GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan Prob Pengisi Minyak Udara-Ke-Udara (AAR Probe) untuk melakukan pengisian minyak di udara dan Link 16 Block Upgrade 2.

Kemudahan AAR Probe itu akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu berkemampuan beroperasi pada jarak yang lebih jauh dan lebih lama.

Selain itu terdapat juga pilihan untuk kerja-kerja menaiktaraf yang boleh dilakukan pada masa depan kerana perkara yang akan dinaiktaraf itu masih di dalam proses pembangunan pada ketika ini oleh KAI.

Antaranya, termasuklah Tangki Bahan Bakar Luaran 300 gelen dan kemampuan Beyond Visual Range (BVR) dalam bentuk peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 (AMRAAM).

Sedikit lagi penambahbaikan dan naik taraf, pesawat FA-50 Block II yang ditawarkan oleh KAI sudah boleh dikategorikan sebagai pesawat MRCA (Multi Role Combat Aircraft).

Varian terbaru M-346FA menurut syarikat Leonardo, direka bentuk untuk memberikan peningkatan keupayaan untuk angkatan tentera yang berada di lapangan.

Leonardo berkata, varian FA yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan TUDM itu boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai tugas di medan tempur seperti sokongan darat termasuk untuk misi-misi serangan udara-ke-darat, taktikal, close air support (CAS) dan counter-insurgency (COIN).

Pesawat dua enjin itu juga boleh dilengkapkan dengan peluru-peluru pintar (precision guided munitions –PGM). Selain itu, varian M-346FA itu dibangunkan untuk memberikan latihan kepada juruterbang, pertempuran udara, penguatkuasaan dan kawalan ruang udara serta pemantauan taktikal.

Varian pesawat dua tempat duduk M-346FA keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan kokpit kaca digital.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paparan pelbagai-fungsi LCD, paparan dongak, gogel penglihatan malam (NVG), sistem arahan suara, sistem perlindungan-kendiri, sistem paparan yang dipasang pada topi keledar (HMD), navigasi dan komunikasi serta sistem cegah perlanggaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply