Bukan senang nak terserempak dengan unit ujian kereta Proton berceloreng, sebab kita tidak tahu laluan dan juga bila kelibatnya melintas di depan mata. Krew rakan kami di Engear TV cukup bertuah sebab berjaya merakam ‘dua sesi pandu uji dalam satu masa‘.
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
Semasa mereka tengah ‘syok’ melakukan penggambaran video pandu uji X50 varian Flagship, mereka secara tidak sengaja terakam kelibat unit ujian Iriz versi crossover dan Persona MC2 berpelitup celoreng mengekori di belakang X50 yang dipandu hos mereka, Shamsul Yunos.
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
Apa lagi, ‘gelak besar’ la hos mereka bila menjeling ke arah cermin pandang belakang dan terlihat kelibat kedua-dua unit ujian tersebut semasa sedang membuat ulasan. Kalau anda nak melihat Iriz dan Persona MC2 ‘enter frame‘ dalam sesi pandu uji tersebut, anda boleh ketik butang ‘play‘ pada pautan video di atas.
Video dari Engear mesti padu kan, betul tak? Jom layan!
Video kredit Engear TV
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
KOMEN TERKINI