ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tengku Djan dilantik duta jenama Toyo Tires

Berita Tempatan

Views

Toyo Tyre Sales & Marketing Malaysia secara rasminya mengumumkan Tengku Djan Ley sebagai duta jenama tersebut. Kerjasama antara Toyo Tires dan Tengku Djan adalah bagi memperkukuhkan kedudukannya di Malaysia yang mempunyai pasaran yang besar di Asia Tenggara di samping memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasarannya.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Pemilihan beliau adalah sejajar dengan reputasinya sebagai ‘Raja Drift Malaysia’ dan sangat dikenali dalam arena sukan permotoran. Tengku Djan telah beraksi selama beberapa dekad dan merangkul pelbagai kejayaan di arena tempatan mahupun antarabangsa.

Antara kejayaan yang pernah diraih beliau adalah perlumbaan Sepang 1000 KM, Kejohanan Dunia D1 Grand Prix “All-Star”, Formula Drift Asia, dan terkini, Toyota Gazoo Racing Festival yang menampilkan Toyo Tires sebagai penaja Emas.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Tengku Djan merupakan figura yang paling ‘cocok’ buat Toyo Tires, sebuah jenama global yang menawarkan prestasi, ketahanan dan keselamatan buat para penggunanya. Menurut Naib Presiden Penjualan & Pemasaran Toyo Tyre Malaysia, Masaomi Kono, pihaknya sangat teruja dan amat mengalu-alukan Tengku Djan sebagai duta jenama mereka.

Bagi Tengku Djan pula, beliau merasa bersyukur dan gembira dengan sokongan yang diberikan oleh Toyo Tires yang melantiknya sebagai duta jenama tersebut. Selain itu, Toyo Tires akan memberikan sokongan penuh kepada Tengku Djan bagi mengharungi musim perlumbaan 2021. Antara perlumbaan yang disertainya adalah Toyota Gazoo Racing Festival dan GT World Challenge Asia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply