ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tengku Muhammad Taufik bos baharu Petronas, Wan Zulkiflee terajui Malaysia Airlines Bhd

Berita Tempatan

Views

Nampaknya desas-desus mengenai perletakan jawatan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin akhirnya terjawab. Bernama melaporkan, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berkuat kuasa 1 Julai ini.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang dilantik sebagai pengerusi baharu syarikat Malaysia Airlines Bhd (MAB). Tengku Muhammad Taufik merupakan Ketua Pegawai Kewangan PETRONAS yang dilantik sejak 2018.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Menerusi satu kenyatan hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam suasana ekonomi yang mencabar sekarang, terdapat beberapa syarikat kerajaan yang perlu diperkukuhkan lagi untuk menghadapi norma dunia yang baharu.

Menurut beliau, kerajaan dalam hal ini meneruskan usaha mengkaji semula kepimpinan syarikat-syarikat milik kerajaan bagi memastikan penyelarasan dasar dan pencapaian objektif sosioekonomi negara. Muhyiddin turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kepimpinan dan sumbangan Wan Zulkiflee selama 37 tahun perkhidmatan beliau bersama PETRONAS.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Katanya, Wan Zulkiflee telah berjaya mengekalkan PETRONAS sebagai salah sebuah syarikat kerajaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan ditadbir dengan cemerlang. Tambahnya, PETRONAS juga adalah satu-satunya syarikat kerajaan yang mempunyai penilaian kredit antarabangsa yang baik dan masih tersenarai dalam Fortune Global 500.

Dalam pengumuman sama, Muhyiddin menzahirkan harapan beliau untuk MAB berkembang dan mampu berdaya tahan di bawah kepimpinan Wan Zulkiflee. Kata Muhyiddin, beliau percaya di bawah kepimpinan Wan Zulkiflee, syarikat MAB akan dapat distruktur semula dan terus berkembang sebagai syarikat penerbangan nasional yang berdaya tahan dan mampan serta mempunyai tadbir urus yang baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply