ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tengku Zafrul lihat prototaip Daihatsu Mira EV di Jepun, calon berpotensi jadi EV sulung Perodua?

Berita Global

Views

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya pada 1 Jun lalu memaklumkan beliau bersama rombongannya telah melawat kilang Daihatsu Motor Co. Ltd. (DMC), di Kyoto, Jepun.

Beliau ke kilang tersebut, usai menghadiri mesyuarat bersama dengan pembekal komponen kenderaan D-ACT. Jelas beliau tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat kilang Daihatsu yang direka berasaskan agenda ESG.

Lawatan ini juga adalah untuk mendalami pelan pelaburan jangka panjang DMC di Malaysia, terutamanya untuk kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Tambah beliau, Daihatsu melalui Perodua telah menjadi sebahagian daripada transformasi automotif Malaysia sejak 1983 lagi.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kerjasama ini membantu Malaysia menjadi pengeluar kenderaan bermotor ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas Thailand dan Indonesia.

Beliau percaya pelaburan berterusan Daihatsu di Malaysia akan meningkatkan potensi industri automotif dan EV di Malaysia, selaras dengan Aspirasi Pelaburan Baharu (NIA) yang menyokong pelaburan berteknologi tinggi.

Dalam lawatan itu juga, beliau telah diperlihatkan dan dibawa menaiki sebuah prototaip model EV yang berasaskan Mira e:S generasi kedua.

Pada awal bulan lalu, rakan strategik Daihatsu, iaitu Perodua telah memperlihatkan sebuah kereta konsep hatchback EV segmen-B yang dikenali sebagai Electric Motion-Online (EM-O) Concept di Malaysia Autoshow 2023.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

EM-O Concept dikuasakan oleh motor elektrik tunggal digandar hadapan yang menjana output 95 PS dan dan 121 Nm daya kilas.

Ia menggunakan bateri jenis lithium ion berkapasiti 50 kWj yang memberikan jarak pemanduan antara 300 km hingga 350 km.

EM-O Concept mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10 saat dengan kelajuan tertinggi adalah 160 km/j. Dari segi pengecasan, seni bina elektrik 400V / 800V berkembar yang membolehkan kapasiti pengecasan maksimum 300 kW.

Walaubagaimanapun, Perodua masih belum bersedia untuk memperkenalkan model EVnya dalam tempoh terdekat dan akan memperkenalkan model hibrid terlebih dahulu, sebelum beralih ke arah elektrifikasi sepenuhnya pada masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply