ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tentera Darat terima aset baharu, bakal perkukuh kesiagaan tempur

Berita Tempatan

Views

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen, hari ini.

Menurut laman Facebook rasminya, Tentera Darat telah menerima beberapa perolehan baharu seperti Kenderaan Jenis B (KJB), Kenderaan Jenis C (KJC), Senjata Sub Machine Gun, Peralatan Optronik dan Peralatan Pelbagai bagi suku kedua tahun 2022.

Antara KJB yang diterima adalah bas 44 penumpang dan Treler Dapur Bergerak (Trailer Mobile Field Kitchen – MFK) manakala KJC yang diterima ialah jengkaut (Track Excavator) dan Sistem Sokongan Mobiliti Taktikal (Tactical Mobility Support System – TMSS).

Peralatan optronik yang telah diserahkan pula adalah Night Vision Weapon Sight (NVWS) dan Peralatan pelbagai Non Lethal Restraint (NLR).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Majlis tersebut juga diserikan dan telah disempurnakan dengan penyerahan kunci replika kepada Tan Sri PTD sebagai simbolik penyerahan aset-aset tersebut kepada Tentera Darat.

Turut hadir Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS TD), Mejar Jeneral Datuk Mohd Sofi bin Md Lepi, pegawai-pegawai kanan Tentera Darat serta wakil syarikat pembekal peralatan.

Penerimaan aset baharu ini adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28, “Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan” yang menekankan kepada aspek untuk merencanakan keperluan logistik secara mampan dan menyeluruh merangkumi elemen kuasa tembakan, mobiliti, komunikasi dan material.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Tentera Darat Malaysia

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply