ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Berita Tempatan

Views

Geram dah sedih. Hampir mencarut penulis apabila melihat kereta-kereta yang ada nilai ‘warisan teknologi’ ini dibiarkan sebegitu rupa sehingga menjadi barang lusuh. Hina sangatkah kereta-kereta yang pernah membanggakan jenama ini di luar negara pada suatu ketika dahulu kepada mereka?

Apa yang bermain di fikiran pengurusan tertinggi Proton sehingga tergamak untuk membunuh warisan sejarah mereka sendiri? Kami memperolehi foto-foto ini menerusi rakan media di WapCar.my yang kebetulan menjenguk gudang Pickles Auction, di Jalan Klang Lama. hari ini.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Kereta-kereta seperti Saga EV, Iriz EV, Exora REEV prototaip Iriz Turbo dan model konsep EMAS dilihat tersadai di luar premis berkenaan dan ia dikatakan bakal menghitung hari untuk dilelong sebagai barang lusuh. Selain itu, kelihatan juga beberapa model kereta elektrik dan hibrid seperti Chevrolet VoltToyota Prius, dan Nissan Leaf yang dijadikan sebagai penanda aras untuk para jurutera Proton membangunkan kereta elektrik (EV) mereka sendiri.

Yang ini kami tidak kisah sangat sebab bukan kereta hasil tangan Proton sendiri. Prototaip yang telah terbukti kemampuannya seperti Saga EV and Exora Range Extended Electric Vehicle (REEV) dalam cabaran RAC Future Car Challenge dari Brighton ke London pada 2011 telah diabaikan begitu sahaja.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Model konsep Proton EMAS yang direka oleh studio ItalDesign Giugiaro semasa Geneva Motor Show pada 2010 juga tidak terkecuali mengalami nasib yang sama. Jika Proton tidak ingin menyimpan model-model ini lagi, apa salahnya mereka ‘hibah’kan sahaja kepada Muzium Negara untuk tatapan pengunjung atau universiti tempatan untuk dijadikan bahan kajian.

Setidak-tidaknya ia tidak diperlakukan seperti barang buangan dan mungkin menjadi ‘asbab’ kepada pahala berpanjangan kerana memberi peluang kepada anak tempatan ‘meneroka ilmu’ dan membangunkan lagi teknologi yang ada padanya. Diharapkan pihak pengurusan Proton mengubah fikiran mereka sekali lagi dari melelong ‘khazanah berharga’ ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit WapCar.my

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply