ARKIB

KATEGORI

Tular

Terganggu dengan bunyi bising – Lelaki bina 11 bonggol jalan tepi rumah mohon maaf

Tular

Views

Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di Besut Isnin lepas, memohon maaf atas perbuatannya. Menurut Bernama, Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Katanya, pagi semalam ada pegawai polis datang berjumpanya dan menasihatinya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut. Jadi semalam juga dia telah mengupah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya. Nor Muhamad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Bilik tidurnya pula berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Dia merasa amat tertekan dengan masalah ini tambahan pula dia turut mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

Sebenarnya dia mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda. Katanya lagi, dia telah membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nor Muhamad Roslam Harun

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply