ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tular

Views

Seekor kuda cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 251.9, Lebuhraya Pantai Timur 2, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan pada pukul 9.14 pagi itu melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu lori berusia 34 tahun memandu di lorong kiri dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Jelasnya Ford Ranger yang dipandu seorang pengurus datang dari lorong kanan untuk memotong, tetapi telah hilang kawalan.

Pemandu lori yang tidak sempat mengelak telah melanggar belakang kereta kuda dan kuda yang terkejut telah keluar ke arah jalan raya.

Kedua-dua kenderaan telah bergesel dan terbabas di besi penghadang jalan sebelah kiri. Jelasnya, kuda yang dikenali sebagai Riyadh telah dijinakkan oleh pengurus dan ditangkap semula setelah keadaan terkawal.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Kuda itu mengalami luka ringan di bawah badan dan kini di transit di Pan Endurance Stable, Cherating, Pahang.

Tambahnya, kuda tersebut adalah milik sebuah Kelab Benua Equestrian Stable, Serdang dan akan menyertai Program Piala Menteri Besar Terengganu pada 17 Mac ini.

Hanyan berkata, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi kenderaan mengalami pelbagai kerosakan. Kes kini disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. – Utusan TV

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Traffic Info Crew

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply