ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terlepas pegangan tangan bapa, kanak-kanak maut dirempuh Kancil

Berita Tempatan

Views

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Wa, di Dungun, malam tadi. Menurut Astro AWANI, dalam kejadian kira-kira jam 8.30, mangsa, Mu’tahal Assalami, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ketika kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya berkunjung ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam. Kata bapanya, Assalami Ahmad, 61 tahun, dia bersama isteri dan tujuh anaknya baru sahaja tiba di restoran tersebut dari kediaman mereka di Kampung Jerangau.

Ketika sedang memeriksa suhu badan, pegangan tangannya terlucut, lalu anaknya terus berlari ke tengah jalan. Sejurus selepas itu, sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Assalami berkata pada ketika itu dia sedang menulis nama sambil memegang anak, namun tangannya disentap dan anaknya terus meluru ke tengah jalan. Kemudian datang sebuah kereta Kancil yang dipandu laju lalu merempuh anaknya hingga terpelanting dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply