ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terma waranti kenderaan tidak adil, menindas pemilik dan sekat persaingan – MyCC

Berita Tempatan

Views

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenal pasti terma waranti yang tidak adil kepada pengguna yang boleh menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan dalam pasaran.

Berita Harian melaporkan, dapatan daripada laporan ‘Kajian Semula Pasaran di bawah Akta Persaingan 2010 bagi Sektor Pengangkutan di Malaysia (Ekosistem Logistik Pelabuhan dan Waranti Kenderaan Bermotor) mendapati, syarikat pengeluar kenderaan cenderung memanjangkan tempoh waranti kenderaan berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Hal ini menyebabkan pengguna terikat dengan terma waranti yang lebih panjang, selain tidak mempunyai pilihan untuk mendapatkan khidmat pembaikan kereta daripada bengkel persendirian dan bengkel panel kelolaan Persatuan Insurans Am Malaysia (PARS).

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata selain isu berkenaan, MyCC turut mengenal pasti terdapat perjanjian eksklusif di antara pengeluar kereta dan syarikat insurans, yang menyebabkan pasaran pembaikan kenderaan akibat kemalangan adalah terhad kepada bengkel francais dan pengedar yang sah.

Katanya, ia adalah penting bagi mengelakkan dominasi pengeluar kenderaan secara berterusan yang akan menjejaskan kepentingan pengguna dalam jangka masa panjang. Tambahnya, pada masa sama, ia menafikan hak pemain industri lain.

Dalam pada itu, MyCC turut mendedahkan isu persaingan yang berleluasa dalam pasaran ekosistem logistik pelabuhan yang memerlukan perhatian dan tindakan segera pihak berkaitan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Antara dapatan utama adalah isu perjanjian konsesi dan monopoli yang memberi kesan kepada persaingan dalam kalangan pemain industri logistik pelabuhan.

Ini diterjemahkan melalui penguasaan ketara 66 peratus syer pasaran operator pelabuhan yang didominasi oleh MMC Corporation Berhad, manakala Westports Holdings Berhad memiliki pegangan sebanyak 25 peratus berbanding operator pelabuhan lain iaitu pada kadar empat peratus.

Kajian ini turut mengupas isu kenaikan caj di pelabuhan yang tidak munasabah dan dipercayai mempunyai unsur kartel mengakibatkan peningkatan harga barangan di pasaran.

Alexander turut memaklumkan, kajian yang dimulakan pada Oktober 2020 dan selesai sepenuhnya pada Ogos lalu itu akan dibawa ke Jemaah Menteri selepas menerima maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk kementerian dan pemain industri berkaitan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply