ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terowong SMART berjaya lencong 5 juta meter padu air banjir dari masuk ke KL

Berita Tempatan

Views

Sebanyak lima juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, lencongan itu mula diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari semalam, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak lima juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam.

Tambah Zaini, sejak dibina pada tahun 2007, ia merupakan pertama kali proses lencongan dijalankan melebihi tiga jam.

Ujarnya, ini merupakan satu rekod yang baharu bagi Pusat Kawalan SMART JPS kerana selama lapan kali operasi mod 4 sebelum ini sejak 2007, setiap peristiwa hanya merekodkan kurang dari tiga jam operasi lencongan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Namun pada operasi mod 4 kali ini, operasi lencongan telah berlangsung selama 22 jam. Jelasnya, jika lima juta meter padu itu tidak dapat dilencongkan, beliau percaya keadaan banjir yang melanda Lembah Klang bertambah buruk.

Air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur bercantum di Masjid Jamek (jika tidak lencongkan), JPS telah mengeluarkan lima juta meter padu, dan dalam keadaan itu pun air masih berada di paras bawah jambatan.

Tambah beliau lagi, sekiranya ada lagi lima juta meter padu tidak dilencongkan, mengikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Kawalan SMART JPS di ibu negara semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto The Malaysian Reserve

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply