ARKIB

KATEGORI

Info

Terpaksa harung air banjir? Ini petua yang perlu anda tahu!

Info

Views

Sekarang ini memang negara kita sedang dalam musim tengkujuh, terutama sekali di kawasan Pantai Timur Semenanjung yang sedang dilanda banjir. Bila berada dalam situasi sebegini mungkin ramai yang ingin mencuba nasib atau terpaksa meredah air banjir tanpa mengetahui bahawa tindakan mereka bakal mengundang bahaya.

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebooknya, rakan kami Wan Amir berkongsi petua sekiranya anda terpaksa untuk meredah air banjir. Menurutnya air sedalam 15cm sudah cukup untuk menyebabkan enjin kereta mati.

Air sedalam 30cm pula sudah cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta sedan dan mungkin juga SUV, manakala paras air sedalam 60cm mampu untuk menghanyutkan sebuah lori atau bas. Jadi, sekiranya anda dalam keadaan terpaksa untuk meredah air banjir, sila ikut petua ini:

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

  • Pastikan kedalaman air.
  • Gunakan gear paling rendah.
  • Pandu dengan perlahan.
  • Pastikan kedalaman air yang selamat.
  • Pastikan air tidak deras.
  • Elakkan dari berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan kerana air akan berombak, sila ikut giliran.
  • Jangan berhenti semasa sedang mengharungi air.

Jika anda tertanya-tanya mengapakah kedalaman 15cm sudah cukup untuk membolehkan enjin kereta akan mati, jawapannya adalah jarak lega tanah (ground clearance). Lazimnya kebanyakkan jarak lega tanah kereta kira-kira 15cm hingga 17cm, manakala untuk pacuan empat roda (4WD) kira-kira 27cm.

Kita juga kena tahu kebanyakkan kereta moden menggunakan penderia dan komponen elektronik. Jadi secara tidak langsung abah-abah (harness) pada lantai kereta itu sudah berselirat dengan litar elektronik yang sensitif kepada air.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Jika terkena air sudah pasti akan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik yang sensitif itu. Lebih ketara dengan kedalaman air 15cm semasa kita meredah air, dan pada masa yang sama datang kenderaan lain berselisih sekali gus menghasilkan ‘tsunami kecil’ dengan percikan air yang boleh berganda kepada 30cm!

Sebagai rujukan, ini adalah contoh jarak lega tanah untuk beberapa model kereta:

  • Proton Saga 2016 : 15.0cm
  • Proton Iriz : 15.5cm
  • Proton Persona : 15.5cm
  • Proton Prevé : 15.5cm
  • Proton X70 : 18.0cm
  • Perodua Bezza : 15.0cm
  • Toyota Alphard/Vellfire : 16cm-17cm

Akan tetapi, sekiranya anda memandu Proton Iswara ‘Kereta Kebal’, kereta anda siap boleh menyelam selagi air tidak mengenai corong kemasukan udara (air intake) ataupun palam pencucuh. Namun ia sebaliknya jika anda memandu Toyota Alphard/Vellfire, meskipun MPV mewah itu berharga ratusan ribu ringgit.

Semoga info ini memberi manfaat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TheAdvocate.com

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply