ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tersalah lorong punca lori kontena dipandu lawan arus

Berita Tempatan

Views

Mesti anda terkejut dan marah selepas menonton video ini kan? Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli memaklumkan, pemandu kontena yang memandu melawan arus di Jalan Pelabuhan Barat, Selasa lalu disebabkan kerana tersalah jalan.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam dan siasatan dilakukan mendapati pemandu berusia 46 tahun tidak sengaja memandu melawan arus. Jelas beliau, kejadian tersebut berlaku pada 3.44 petang Selasa lalu.

Pemandu yang memandu melawan arus di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Westport menghala ke Pulau Indah itu pula merupakan warga tempatan. Tambah beliau, bertindak atas maklumat, suspek telah diberkas di syarikatnya di Pelabuhan Barat mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah dan dibawa ke Balai Trafik Klang untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati suspek tersalah lorong selepas keluar dari Westport dan sukar berpatah balik. Katanya, disebabkan itu dia meneruskan pemanduannya. Ujian saringan yang dilakukan pula mendapati negatif dadah dan dia tidak direman.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sejak dua hari lalu, video pemandu kontena memandu melawan arus tersebar di media sosial dan difahamkan dirakam oleh kamera pemuka (dashcam) kenderaan dari arah bertentangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply