ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terselamat dari kemalangan ngeri – Pemandu MR2 ini puji jurutera Toyota

Berita Global

Views

Kalau lihat pada foto-foto kereta Toyota MR2 yang remuk teruk ni, pasti ramai yang menyangka pemandunya dah arwah kan? Jangkaan anda silap kerana umurnya masih panjang dan telah berjaya melepaskan diri kereta tersebut dengan hanya mengalami sedikit luka dan lebam.

Menerusi satu hantaran di Facebook pemandu kereta ini, Scott Shepherd dari Rincon, Georgia menjelaskan yang kejadian tersebut berlaku semasa beliau sedang memandu pada hari Isnin minggu lalu. Sebuah trak pikap yang dipandu laju telah memotong kenderaannya dan secara tiba-tiba ada satu bekas telah terpelanting keluar dari pikap tersebut.

JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya

Jadi untuk mengelakkan keretanya dari menghentam bekas tersebut, beliau telah mengelak dan seterusnya hilang kawalan sehingga kereta tersebut berpusing 180 darjah lalu melanggar sebuah trak-semi. Hentaman yang kuat itu menyebabkan muncung keretanya remuk teruk dan beliau turut terperangkap di tempat duduk pemandu, tanpa mampu menggerakkan kedua-dua belah kakinya.

Jadi, beliau telah menanggalkan kasut, memotong bumbung dan membengkokkan kerangka kereta untuk melepaskan diri (gagah betul mamat ni). Yang ajaibnya, beliau hanya mengalami kecederaan ringan dan mampu beredar dari situ dengan selamat. Beliau amat bersyukur kerana berjaya keluar dari bilik kecemasan tanpa sebarang balutan.

JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang

Pada masa yang sama juga, beliau turut menghamburkan pujian kepada jurutera Toyota kerana disebabkan mereka mungkin beliau sudah tiada lagi di dunia ini. Model MR2 yang telah tamat pengeluaran pada 2007 dijangka bakal membuat kemunculan semula dan akan kekal dipacu dengan enjin-tengah serta pacuan roda-belakang.

Ada kemungkinan generasi baharu model ini nanti akan menggunakan penjana kuasa elektrik atau hibrid, selain dari enjin petrol. Nampak gayanya boleh la Toyota guna kejadian ini untuk dijadikan bahan pemasaran keretanya selepas ini kan? Hehehe…

JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Daimler sah jual 50 peratus saham Smart kepada Geely
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply