ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tertekan injak pemecut, Bezza rempuh tiga motosikal di parkir

Berita Tempatan

Views

Gara-gara tertekan injak pemecut, kereta dipandu seorang wanita hilang kawalan dan merempuh tiga motosikal yang parkir di Marang, semalam.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Menurut Harian Metro, kejadian dipercayai berlaku pada 9 pagi ketika wanita berusia 35 tahun memandu berseorangan dari arah lampu isyarat menghala ke Bandar Marang.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan mahu membelok ke simpang sebelah kiri sebelum tertekan injak pemecut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kereta Perodua Bezza itu hilang kawalan dan melanggar tiang konkrit yang berada di atas pembahagi di sebelah kiri jalan sebelum merempuh tiga motosikal terbabit.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan akibat kemalangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rhu Rendang Sejahtera Official

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply