Seorang remaja lelaki cedera selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu kawasan parkir Terminal 1 di Seremban dan menghempap sebuah kereta Proton Saga pada Ahad.
Kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu berlaku selepas pemandu kereta jenis Honda City berusia 19 tahun itu tertekan pedal minyak.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati, remaja berkenaan sedang bergerak dari tempat parkir di Terminal 1 untuk pulang ke rumahnya di Seremban 2.
“Apabila tiba di lokasi, pemandunya tertekan injak pemecut dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar besi dan jatuh ke bawah.
“Kereta mangsa turut terkena bahagian hadapan sebuah kereta Proton Saga yang berada di bahu kiri jalan tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Bagaimanapun katanya, kereta Proton Saga itu tiada pemandu dan akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kepala. Tambahnya, mangsa telah dibawa ke sebuah hospital swasta di Seremban untuk rawatan lanjut.
“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Sankar di talian 014-6000353 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan 10LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI