ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Cybertruck meletup di luar hotel Trump, Las Vegas – Seorang maut, tujuh cedera

Berita Global

Views

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila sebuah kenderaan elektrik, Tesla Cybertruck, meletup di luar hotel milik Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Las Vegas, kata pihak polis semalam.

Kenderaan elektrik itu dilaporkan berhenti di hadapan pintu kaca Trump International Hotel sebelum berlaku letupan besar, kata Sheriff Las Vegas, Kevin McMahill kepada wartawan.

Rakaman video menunjukkan trak keluli tahan karat itu diletakkan di pintu masuk hotel sebelum meletup dan terbakar, diikuti oleh letupan kecil yang kelihatan seperti bunga api.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

McMahill berkata terdapat seorang mangsa yang meninggal dunia di dalam Cybertruck manakala tujuh lagi mengalami kecederaan ringan.

Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk, berkata letupan itu disebabkan oleh bunga api yang sangat besar dan/atau bom yang dibawa di ruang belakang Cybertruck sewaan,” katanya menurut satu hantaran di X dan menambah bahawa kejadian itu tidak ada kaitan dengan kenderaan itu sendiri.

Sebelum itu, Musk menyatakan bahawa seluruh pasukan kanan Tesla sedang menyiasat kejadian itu, sambil berkata belum pernah ada kejadian seumpamanya berlaku sebelum ini.

Pihak polis memaklumkan mereka masih berusaha untuk mengenal pasti punca letupan terbabit.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Musk, yang menyokong Trump pada pilihan raya November lalu dan dilantik oleh Parti Republikan untuk mengetuai sebuah jawatankuasa bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan, berkata beliau akan mengeluarkan maklumat lanjut sebaik sahaja pihaknya mendapat maklumat.

Presiden AS, Joe Biden sudah diberi taklimat mengenai letupan berkenaan dan mengarahkan pasukannya untuk menawarkan bantuan Persekutuan jika diperlukan, kata Rumah Putih.

Beliau juga sudah diberi taklimat mengenai serangan langgar lari di New Orleans yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang semalam.

McMahill merujuk kepada serangan itu tetapi tidak mengaitkan kedua-dua kejadian berkenaan secara langsung, dengan menyatakan pihak berkuasa di Las Vegas sedang mengambil segala langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan keselamatan komuniti. – Berita Harian/AFP

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alcides Antunes

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply