ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Model 3 tambah kekuatan unit kereta peronda Polis Thailand

Berita Global

Views

Jika di Malaysia kita dapat menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kereta jenis Honda Civic Type R sebagai kenderaan pengiring Yang di-Pertuan Agong, Polis Thailand pula menambah kekuatan pasukan mereka dengan 7 unit Tesla Model 3 Performance yang akan digunakan sebagai kenderaan peronda.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Menurut portal DriveTeslaCanada, satu dokumen telah diterbitkan di laman sesawang Polis Thailand (hello 1995), yang menjelaskan mereka telah membelanjakan hampir 2.7 juta Dolar Amerika untuk menyewa kenderaan selama 5 tahun. Kenderaan tersebut turut dilengkapi dengan dengan semua peralatan polis yang diperlukan termasuklah lampu kereta polis.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Ada yang mengatakan tanda harga untuk kesemua unit Tesla Model 3 Performance adalah terlalu tinggi jika hendak dibandingkan dengan beberapa negara lain, namun ia masih lebih murah berbanding dengan Singapura. Mungkin kos keseluruhan termasuk dengan pembinaan infrastruktur stesen pengecasan, kerana agak sukar untuk mengecas kesemua tujuh unit Model 3 dengan pengecas biasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tesla Club Thailand

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply