ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla tayang Cybertruck yang dikemaskini sempena acara ‘Cyber Rodeo’

Berita Global

Views

Dalam acara Cyber Rodeo bersempena dengan perasmian kilang pengeluaran Gigafactory terbaharu di Austin, Texas, Tesla telah mempertontonkan trak pikap Cybertruck yang dikemaskini dan Robotaxi baharu.

Kilang tersebut merupakan yang terbesar milik Tesla dengan keluasan 10 juta kaki persegi dan ia turut menempatkan ibu pejabatnya baharu.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Model Y menjadi model paling banyak dikeluarkan di kilang ini yang mempunyai anggaran kapasiti pengeluaran sehingga 500,000 unit setahun.

Trak pikap Cybertruck yang dipertontonkan sempena acara tersebut telah menerima beberapa kemaskini dan paling ketara adalah ketiadaan pemegang pintu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Pengeluaran Cybertruck dijangka bermula di Texas Gigafactory pada 2023. Menurut CEOnya, Elon Musk, kilang ini mungkin mampu menghasilkan 1 juta kenderaan setahun, yang akan meningkatkan jumlan pengeluaran global melebihi 2 juta pada 2023.

Selain itu, model Tesla Roadster dan trak Semi juga bakal memasuki fasa pengeluaran tahun depan. Walaubagaimanapun, Musk tidak memberitahu di mana kedua-dua model ini akan dikeluarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Zack, Ryan Zohoury dan Drive Tesla

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply