ARKIB

KATEGORI

Buletin

“The Epitome Of Underbone”… Suzuki Raider R150 bakal tiba?

Berita Tempatan

Views

Memang tidak syak lagi, jangkaan kami akan ada satu lagi model motosikal baharu Suzuki akan tiba tidak lagi tepat sekali.

Selepas mengacah dua model iaitu GSX-R 150 dan GSX-S 150, laman Facebook rasmi Suzuki Malaysia mula menyiarkan iklan acah model ketiganya iaitu sebuah ‘moped’ kerana ia menggunakan tagline “The Epitome Of Underbone”.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Mengikut info risik kami, model tersebut akan menggunakan nama Suzuki Raider R150 (sama seperti di Vietnam) atau dikenali dengan nama Satria F150 di Indonesia.

Suzuki Raider R150 dikuasakan oleh enjin 147.3cc silinder tunggal yang mampu menghasilkan 18.2 kuasa kuda pada 10,000rpm dan 13.8Nm daya kilas pada 8,500rpm.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Sebenarnya, ini bukan kali pertama laman Facebook rasmi Suzuki Malaysia mengacah model berkenaan, kerana pada September 2020 mereka telah pun berbuat demikian dengan kapsyen “Raja telah kembali”.

Kami difahamkan ketiga-tiga model ini bakal dilancarkan serentak pada minggu hadapan. Ada ura-ura mengatakan satu model Edisi Khas juga akan diperkenalkan nanti. Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply