ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada helikopter tentera khas buat semburan disinfeksi COVID-19 seperti yang ditularkan – ATM

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang memaklumkan tiada helikopter tentera khas yang digunakan untuk membuat semburan disinfeksi COVID-19 di udara di seluruh negara seperti yang tular di media sosial.

JOM BACA >> Semua penumpang bas ekspres Plusliner (VDJ 2367) dari Johor Bharu ke Kuantan pada 16 Mac 2020 sedang dicari!

Ketika dihubungi Bernama beliau berkata, berita yang tular di media sosial itu adalah palsu serta tidak tepat sama sekali. Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara dalam kenyataan meminta orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Menurut kenyataan itu, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Hari ini, tular di media sosial menyatakan helikopter tentera khas akan melakukan semburan disinfeksi virus COVID-19 di udara di seluruh negara.

Mesej berkenaan berbunyi “Anda mesti berada di dalam rumah selepas jam dua belas malam dan keluarkan (ambil) semua pakaian yang berada di luar apabila anda mendengar bunyi pesawat pada waktu malam, anda tahu bahawa ia berkaitan dengan perkara ini (COVID-19) berlaku di Malaysia. Please memaklumkan jika anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan di Malaysia“.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama, Massims dan Google

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply