ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lagi transaksi tambah nilai di semua lorong keluar lebuhraya PLUS mulai 5 November 2019

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan yang pihaknya telah memutuskan untuk menutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go di semua lorong keluar di plaza tol di lebuh raya seliaannya mulai 5 November 2019. Ia bagi membantu melancarkan perjalanan pelanggan di plaza tol ketika keluar dari lebuh raya.

Langkah ini juga merupakan pendekatan yang diambil untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh urusan tambah nilai di lorong tol di semua plaza tol di Wilayah Utara (melibatkan laluan Hutan Kampung – Ipoh Utara) dan Wilayah Selatan (di antara Seremban dan Skudai). Walau bagaimanapun, Pusat Khidmat Pelanggan di sesetengah plaza tol dan Lorong Tambah Nilai di lorong masuk di plaza tol terpilih masih disediakan dan beroperasi seperti biasa.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Menurut rekod PLUS, sebanyak 8 peratus daripada 253,000 purata trafik harian di wilayah utara dan 9 peratus daripada 189,000 purata trafik harian di wilayah selatan tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk melaksanakan transaksi tol di lorong keluar. Ini menyebabkan perjalanan pelanggan yang lain sering terganggu kerana setiap transaksi tambah nilai boleh mengambil masa sehingga 3 minit bagi setiap kenderaan.

Langkah ini juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan melibatkan kenderaan berat merempuh pondok tol kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Di antara tahun 2016 hingga 2018, sebanyak 81 kes kemalangan sedemikian telah pun dilaporkan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Terdahulu, PLUS telah melaksanakan inisiatif ‘Tiada Tambah Nilai’ di semua lorong keluar di plaza tol di Wilayah Tengah di antara laluan Seremban hingga Ipoh Selatan sejak 1 Ogos yang lalu. Setelah tiga bulan pelaksanaan inisiatif tersebut, PLUS telah berjaya mengurangkan lebih 60 peratus kesesakan trafik dan jumlah kenderaan yang beratur untuk menambah nilai di semua lorong keluar di plaza tol di Wilayah Tengah.

Justeru, pelanggan PLUS dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dan memastikan bahawa kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya. PLUS bersama Touch ‘n Go Sdn Bhd akan memastikan semua kiosk tambah nilai Touch ‘n Go berada dalam keadaan yang baik pada setiap masa.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 11,000 pusat tambah nilai yang disediakan oleh Touch ‘n Go di seluruh negara termasuk mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka, kawasan rehat dan rawat dan pusat beli-belah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply