ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lesen memandu punya hal, remaja ditahan cuba melarikan diri

Berita Tempatan

Views

Seorang remaja berusia 15 tahun sanggup membahayakan diri dan tiga rakannya selepas melarikan diri dengan memandu sebuah kereta dari Bukit Antarabangsa ke Wangsa Maju, selepas dikejar polis.

Berita Harian melaporkan, kesemua mereka berusia antara 15 hingga 19 tahun berbuat sedemikian selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, yang melakukan rondaan cegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata keempat-empat mereka dikesan menaiki kereta jenis Naza Citra sekitar jam 5.35 petang semalam.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, semasa anggota MPV mengarahkan mereka untuk berhenti dengan memberikan amaran awal, remaja terbabit terus melarikan diri dan memecut kenderaan mereka.

Dalam masa 30 minit berlaku adegan pihak polis mengejar remaja terbabit melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga ke arah Seksyen 10, Wangsa Maju, malah mereka juga turut melanggar kereta polis jenis Proton Prevé, sebelum dapat ditahan untuk siasatan lanjut.

Mohamed Farouk berkata hasil siasatan awal mendapati remaja terbabit sebenarnya panik ketika diarahkan berhenti hanya kerana tidak mempunyai lesen memandu.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pihaknya menjalankan saringan ujian air kencing ke atas kesemua mereka dan didapati tiada pembabitan dalam penyalahgunaan dadah, tiada rekod jenayah selain kereta yang digunakan tidak dilaporkan hilang.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain dan orang ramai semasa ditahan pihak polis untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak berlakunya situasi lebih buruk.

Kes disiasat di bawah Kaedah 10, Akta Pengangkutan Jalan berserta dua saman sampingan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu tiada lesen memandu serta tidak dilindungi insuran dan Seksyen 55 akta yang sama kerana enggan memberhentikan kenderaan yang dipandu.

Saksi bebas yang menyaksikan kejadian polis mengejar remaja ini diminta untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, IPD Ampang Jaya, Inspektor Nurul Faizah Ismail di talian 019-286 3481.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply