ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada perancangan wajibkan pemasangan ‘dashcam’ – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan ‘dashcam atau kamera pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata walaupun kementerian ada menerima beberapa cadangan mengenainya, pihaknya perlu mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk kos yang perlu ditanggung rakyat sekiranya ia diwajibkan.

“Akan tetapi, kita menggalakkan pemasangan dashcam terutama pada kenderaan-kenderaan daripada pengilang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kalau mereka boleh pasang (dashcam) bersekali dengan kereta baharu, itu amat kita galakkan tetapi setakat ini kita belum mewajibkan lagi,” katanya selepas menghadiri program sesi libat urus Menteri Pengangkutan Bersama Editor Media, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Pengangkutan, Datuk Normah Osman; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan, Aedy Fadly Ramli; Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Arul Rajoo Durar Raj; Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita BERNAMA, Mohd Haikal Isa dan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Selain itu, Loke turut menggalakkan syarikat pengusaha bas untuk memasang peranti tersebut agar dapat merakam dan dijadikan bahan bukti sekiranya terlibat kemalangan jalan raya.

“Pemasangan dashcam ini satu bukti sekiranya berlaku kemalangan untuk mengetahui siapa yang bersalah atau yang patut bertanggungjawab,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

600,000 kemalangan tahun lalu, 6,500 kematian

Sementara itu, Loke berkata statistik kemalangan jalan raya pada tahun lepas mencatatkan sebanyak 600,000 kemalangan manakala jumlah kematian adalah sebanyak lebih 6,500 orang.

“Kalau kita lihat statistik, puratanya adalah 15 hingga 17 orang meninggal setiap hari dan jumlah ini satu angka yang besar.

“Setiap orang yang meninggal, bagi kita (kementerian) ini adalah satu tragedi yang tidak perlu berlaku kerana kemalangan jalan raya ini boleh dielakkan jika setiap pemandu mengambil sikap berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

Justeru itu, Loke berharap orang ramai dapat menjadi pemandu berhemah, sentiasa peka dan berhati-hati bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit grdian.com

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply