ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada ‘roadblock’ semasa PKPP

Berita Tempatan

Views

Anda tidak perlu risau atau bimbang ditahan atau diarah supaya berpatah balik setelah kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri mulai 10 Jun ini kerana polis tidak akan membuat sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sedang memperhalusi butiran pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan PKPP. Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menetapkan bentuk penugasan baharu Selasa ini.

Tambah beliau, buat masa ini, SJR sepanjang tempoh PKPP jelas sudah tidak ada keperluannya kecuali di lokasi Op Benteng Covid-19. Abdul Hamid berkata, beliau akan berbincang dengan Panglima Angkatan Tentera Masyarakat (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang untuk mendapatkan kefahaman dan persetujuan bersama.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Kata beliau lagi, mungkin penugasan pemantauan akan ditambah bagi memastikan kepatuhan kepada arahan penjarakan sosial. Kita mesti ingat bahawa kemenangan melawan Covid-19 masih belum muktamad. Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pelaksanaan PKPP menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara berterusan termasuk perjalanan rentas negeri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply