ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada surat kebenaran polis kena patah balik – Ketua Polis Kelantan

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, individu yang gagal mengemukakan surat kebenaran dari balai polis atau tidak mempunyai alasan munasabah untuk memasuki Kelantan akan diarah berpatah balik termasuk mereka yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di Kota Bharu.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Menurut Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, arahan tegas itu adalah bagi mengelak berlakunya penularan COVID-19 di negeri ini. Katanya, dalam soal ini apa yang penting jangan pula ada pihak yang membuat alasan palsu untuk merentas negeri sehingga menyusahkan banyak pihak.

Berkuat kuasa mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksana di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan sehingga 6 Disember depan. Mengenai sekatan jalan raya (SJR), Shafien berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberi tumpuan di empat lokasi di negeri itu iaitu dua di Pasir Puteh dan masing-masing satu di Jeli dan Gua Musang.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Katanya proses ‘penapisan’ akan dilakukan seperti pemeriksaan surat pengesahan dari balai polis selain ujian saringan dan “swab test“. Tambah beliau, bermula tengah malam tadi, difahamkan negeri-negeri terlibat turut melakukan SJR setiap 24 jam. Pihaknya yakin rakyat sudah memahami pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

Katanya, bagi setiap SJR, polis ada memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu tujuh anggota dan pegawai polis yang ada di setiap SJR. Tambah beliau lagi, di SJR Pasir Puteh, pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan memberikan bantuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply