ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiba-tiba je lompat atas cermin kereta, lepas kantoi dirakam dashcam terus ‘cabut lari’

Berita Tempatan

Views

Cubaan untuk terlibat dalam kemalangan, seorang lelaki dilihat menunggu kenderaan lalu dekat Jalan Goh Hock Huat di Klang, sebelum berlari ke arahnya dan ‘bertembung’.

Utusan Online melaporkan, menerusi sebuah video yang tular dalam media sosial sejak minggu lalu, seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya dirempuh seorang lelaki yang berlari ke arahnya sebaik sahaja belok masuk ke jalan tersebut.

Bagaimanapun, ketika ‘mangsa’ kemalangan cuba dibantu oleh pemandu dan memaklumkan kejadian tersebut dirakam menerusi perakam video digital (dashcam) dalam kereta, dia terus melarikan diri.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, susulan kejadian polis berjaya mengenal pasti insiden tersebut selepas pemandu kereta berkenaan tampil membuat laporan polis terhadap insiden kira-kira pukul 12.08 tengah hari, 7 April lalu itu.

Berdasarkan laporan itu, seorang lelaki tidak dikenali yang berada di tengah jalan tiba-tiba melintas dan terus berlari melompat ke arah cermin depan kereta tersebut.

Sejurus selepas kemalangan, pengadu memaklumkan kepada pejalan kaki itu bahawa keretanya mempunyai rakaman kamera papan pemuka lalu lelaki berkenaan terus beredar dengan hanya cedera ringan.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Jelas Vijaya Rao, pencarian lelaki itu dilakukan pihaknya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan klinik berdekatan.

Namun, lelaki berkenaan didapati tidak menerima sebarang rawatan di mana-mana pusat perubatan. Selain itu, tiada saksi tampil bagi membantu siasatan setakat ini.

Tambah beliau, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Sehubungan itu, Vijaya meminta saksi kejadian yang mempunyai maklumat supaya tampil di balai polis berhampiran bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mengesan pejalan kaki berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply