ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tidak dibenarkan rentas negeri untuk pulang beraya di kampung

Berita Tempatan

Views

Menerusi Perutusan Khas sempena Hari Pekerja hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa aktiviti rentas negeri untuk pulang ke kampung untuk meraikan sambutan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Perdana Menteri menegaskan, perjalanan rentas negeri hanya boleh dilakukan bagi tujuan bekerja atau mereka yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain. Tambah beliau, majlis-masjlis sosial kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, atau segala bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Selain itu, menurut beliau lagi segala aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan buat masa ini bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Walaubagaimanapun, bermula 4 Mei ini, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Namun ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi, antaranya termasuklah bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan karnival jualan kerana ia melibatkan perhimpunan ramai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply