ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga kali kenaikan harga alat ganti motosikal tahun ini

Berita Tempatan

Views

Selain kenaikan harga barangan seperti makanan dan keperluan lain, alat ganti motosikal juga dilaporkan berhadapan situasi serupa apabila mengalami peningkatan sebanyak tiga kali pada kadar sekitar lima hingga 10 peratus.

Menurut Utusan Online, perkara itu dimaklumkan peniaga alat ganti motosikal serta pemilik bengkel yang memaklumkan situasi kenaikan harga pada kali ini adalah pa­ling ketara sejak Januari lalu.

Wabak pandemik Covid-19 dilapor antara penyumbang kepada kenaikan harga apabila berlaku sekatan pergerakan yang menyebabkan pemilik bengkel dan kedai alat ganti berhadapan dengan kekura­ngan bekalan.

Perkara itu didedahkan seorang peniaga alat ganti motosikal di Kota Kemuning, Nor Sherryl yang memberitahu, penjualan alat ganti motosikal turut tidak terlepas daripada kenaikan apabila peningkatan dilaporkan berlaku menjelang hujung tahun ini atau Januari hadapan.

Katanya, kenaikan yang dijangka berlaku lagi nanti dili­hat beriringan dengan perniagaan yang mula merosot sejak Julai lalu ekoran laporan peningkatan harga barang.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Tambahnya, barang asas alat ganti se­memangnya naik seperti mi­­nyak enjin, tayar, rantai, gegancu (spro­cket) dan pelapik brek yang meningkat antara tiga hingga lapan peratus.

Pada tahun ini sahaja sudah dua kali harga barang dinaikkan, kali pertama adalah pada Januari yang disebabkan oleh masalah pengangkutan akibat sekatan pergerakan me­nyebabkan bekalan kurang dan kedua pula peningkatan kos berkenaan pada perte­ngahan tahun.

Sementara itu, pemilik bengkel di Jalan Kebun, Ismail Mat pula memaklumkan menerima notis daripada pembekal yang memaklumkan kenaikan harga barangan seperti tayar, rantai dan alat ganti lain tidak lama lagi.

Katanya, perkara ini menjadi teka­nan kepada peniaga terutama pengusaha bengkel yang baharu bangkit selepas penutupan perniagaan selama hampir enam bulan.

Tambahnya, tiga kali kenaikan harga dialami pada tahun ini sahaja. Ianya memang tidak dapat dielakkan, manakala pengguna pun mengeluh de­ngan membandingkan harga lama dan baharu pada tahun ini.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Infografik:

Tinjauan harga alat ganti motosikal di sekitar Shah Alam

Tayar motosikal saiz 80 / 90:
Harga kedai alat ganti: RM53 – RM58 (harga baharu) / RM49 – RM54 (harga lama)
Harga bengkel: RM75 – RM125 / RM65 – RM70

Tayar motosikal saiz 70 / 90:
Kedai alat ganti: RM43 – RM48 / RM40 – RM45
Bengkel: RM65 – RM115 / RM55 – RM80

Minyak hitam mineral 1 liter
Kedai alat ganti: RM10 – RM20 / RM7.00 – RM15
Bengkel: RM15 hingga RM18 / RM15 – RM18

Minyak hitam sintetik penuh / separa 1 liter
Kedai alat ganti: RM30 – RM35 / RM23 – RM33
Bengkel: RM38 – RM42 / RM29 – RM38

Rantai motosikal biasa
Kedai alat ganti: RM15 – RM20 / RM12 – RM17
Bengkel: RM48 – RM78 / RM45 – RM75

Pelapik brek
Kedai alat ganti: RM4 – RM8 / RM3 – RM7
Bengkel: RM14 – RM25 / RM8 – RM20

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kedai Sparepart Motor Matahari Heights

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply