ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga maut Honda HR-V terbabas dan terbakar

Berita Tempatan

Views

Tiga maut dengan dua daripadanya rentung selepas sebuah kereta terbabas dan terbakar di Jalan Wakaf Bharu – Palekbang, di Tumpat, awal pagi tadi.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, seorang daripada mangsa adalah lelaki berumur 33 tahun, manakala dua lagi sedang dikenal pasti.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 2 pagi itu membabitkan Honda HR-V yang dari Cabang Tiga Kepulau menghala ke Wakaf Bharu.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Sebaik tiba di lokasi, kereta itu dipercayai terbabas menyebabkan seorang daripada mereka tercampak keluar beberapa meter (m) dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi rakannya rentung dalam kereta yang sedang terbakar dan pihaknya sedang mengenal pasti identiti mereka.

Azmir berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah lagi kereta terbakar iaitu Proton Wira milik penduduk kampung yang diparkir berhampiran, serta sebuah rumah kosong yang 30 peratus terbakar.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Beliau berkata, semua mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.04 pagi.

Sejurus tiba di lokasi, pihaknya mendapati api sedang marak dan kelihatan seorang mangsa berada beberapa meter sahaja dari kereta itu dan telah meninggal dunia, manakala dua lagi masih dalam kenderaan yang sedang terbakar.

Kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar dan turut terlanggar tiang garaj sebuah rumah kosong yang menyebabkan rumah itu turut mengalami kebakaran 30 peratus, manakala sebuah Proton Wira milik seorang penduduk juga hangus. Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.35 pagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply