ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga maut Proton Wira putus dua rempuh pokok

Berita Tempatan

Views

Identiti tiga mangsa yang maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok di Jalan Klang Lama, awal pagi tadi sudah dikenal pasti. Menurut Berita Harian, mangsa terdiri daripada pemandu, G Sharvinath, 21; penumpang hadapan, J Jordan Johnson, 19 dan penumpang belakang, D Hervinraj, 16, disahkan maut di tempat kejadian.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Dalam kejadian kira-kira jam 6.49 pagi itu, kesemua mangsa dikatakan keluar bersama untuk menghadiri sambutan hari jadi seorang rakan mereka dan dipercayai dalam perjalanan pulang sebelum terbabit nahas. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata siasatan awal mendapati kenderaan Proton Wira dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Klang Lama ke pusat bandar.

Setibanya di lokasi terbabit, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan melanggar batu penghadang jalan di sebelah kanan lalu berpusing ke sebelah kiri. Kenderaan itu kemudian merempuh sebatang pokok di kiri jalan dan tiga mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang remuk, disahkan maut di tempat kejadian.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Katanya, mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan menerima laporan pada jam 6.49 pagi dan menghantar dua jentera FRT bersama 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan BBP Pantai ke lokasi untuk menyelamat.

Tambahnya lagi, kemalangan itu mengakibatkan kereta terbabit remuk dan terputus kepada dua bahagian. Pasukan bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pasukan perubatan. Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.55 pagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply