ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga model REEV Leapmotor berjaya harungi pengembaraan sejauh 6,000km dari China ke Johor

Berita Tempatan

Views

Leapmotor, jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China yang merupakan rakan strategik Stellantis, mencipta sejarah dengan mengharungi perjalanan sejauh 6,000km dari Hangzhou, China ke Johor, Malaysia menggunakan barisan kenderaan elektrik jarak jauh (REEV) terbaharu mereka.

Dalam misi dikenali sebagai Leapmotor ASEAN Expedition Drive, tiga model SUV REEV telah dipertaruhkan, iaitu:

  • C10 REEV
  • C11 REEV (rekaan lebih elegan)
  • C16 REEV (enam tempat duduk)

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Ketiga-tiga model tersebut menjelajah bandar-bandar utama dari Pulau Pinang hingga ke Johor, untuk membuktikan keupayaan mereka dalam perjalanan merentas negara hasil gabungan teknologi pintar, kecekapan bahan api dan ketahanan global yang telah diuji.

C10 REEV

Tumpuan utama ekspedisi ini adalah Leapmotor C10 REEV, model berbeza daripada C10 EV yang ditawarkan di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Ia dilengkapi enjin petrol 1.5-liter 4-silinder untuk mengecas bateri 28.4kWj, disokong motor elektrik berkuasa 158kW yang memberikan jarak pemanduan luar biasa sehingga 1,150km (mengikut piawaian NEDC).

Barisan SUV REEV ini juga dalam siri jelajah selama 10 hari di Semenanjung Malaysia, bermula 14 hingga 23 April, dan berkunjung ke bilik pameran sah Leapmotor di seluruh negara.

Anda boleh melayari dan megikuti saluran media sosial rasmi Leapmotor untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply