ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga model ikonik Volkswagen tampil dalam rekaan t-shirt Uniqlo

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik bagi peminat kereta, khususnya jenama Volkswagen. Pengeluar pakaian, Uniqlo baru-baru ini melancarkan koleksi t-shirt (UT) terbaharu mereka dan telah mengabadikan tiga model ikonik Volkswagen pada rekaan t-shirt tersebut. Tiga model yang dipilih merupakan model ikonik klasik seperti Beetle, Kombi dan Golf GTI.



JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?

Terdapat lapan pilihan warna dan rekaan menarik ditawarkan. Setiap satu rekaannya diekspresikan secara individu dan Uniqlo amat menitik beratkan unsur rekaan yang asli, melangkaui masa dan genre di seluruh dunia. Koleksi t-shirt (UT) terbaharu ini dihiasi dengan rekaan grafik ringkas, menarik dan bertepatan dengan tema serta model yang dipilih.

JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?

Hasil gabungan warisan selama 80 tahun jenama Volkswagen, sudah pasti peminat jenama itu mahu memiliki t-shirt edisi khas ini bagi membuktikan kecintaan mereka kepada jenama tersebut. Harga yang ditawarkan untuk koleksi terbaharu dari Uniqlo ini bermula dari RM39.90 dan ia boleh didapati di semua butik Uniqlo di seluruh Malaysia.

JOM BACA >> Bilakah Proton Iriz dan Persona facelift akan dilancarkan?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply