ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga penjenayah curi lori Shopee ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis berjaya menumpaskan sindiket curi dan ubahsuai lori di sekitar Lembah Klang dengan penahanan tiga lelaki pada 18 September lepas.

Menurut Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kesemua suspek berusia antara 39 hingga 41 ditahan menerusi Op Lejang Kasuarina di Gombak.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, dalam siri serbuan tersebut, pihaknya turut merampas 12 buah lori, enjin dan trak forklift yang dianggarkan bernilai RM2.8 juta.

Dalam operasi tersebut juga telah merampas muatan lori yang mengandungi pelbagai jenis barangan kiriman ‘Shopee’ yang dilaporkan hilang.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Sindiket beroperasi dengan mencuri lori dan kemudian membuang alat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), mengubahsuai nombor casis dan nombor enjin untuk mengelak dikesan sebelum menjualnya kepada pihak ketiga atau untuk kegunaan sendiri.

Reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau tidak lebih tujuh tahun.

Tambah Abd Jalil, pihaknya sedang mengesan saki baki ahli kumpulan dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi ASP Md Norsham Yunus di talian 019-290 5965 atau balai polis berdekatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply