ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiket kapal terbang AirAsia ‘laku keras’!

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, AirAsia mencatat jualan harian tertinggi sebanyak 41,000 tempat duduk bagi seluruh kumpulan itu kelmarin, selepas tempoh hibernasi yang disifatkan sebagai menandakan permintaan tinggi bagi perjalanan udara. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, laman sesawang syarikat penerbangan tambang rendah itu turut menyaksikan peningkatan trafik sebanyak 170 peratus.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Menerusi kenyataannya hari ini, beliau berkata tempahan destinasi paling popular bagi Malaysia ialah Kota Kinabalu dan Kuching ke Kuala Lumpur manakala Thailand melibatkan laluan Bangkok ke Chiang Mai dan Hat Yai. Destinasi popular di Filipina pula termasuklah Manila ke Puerto Princesa dan Davao, India meliputi Delhi ke Srinagar dan Bengaluru ke Hyderabad manakala Indonesia membabitkan laluan Jakarta ke Denpasar dan Medan.

Selain itu, purata muatan penumpang bagi kumpulan AirAsia adalah sebanyak 50 peratus dengan AirAsia Malaysia mencecah 70 peratus, tertinggi bagi aspek itu untuk tempoh pasca-hibernasi. Tambah Fernandes, perkembangan positif itu menjadikan kami lebih bersemangat dan menjangkakan permintaan ini akan berterusan.

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Kata beliau lagi, pihaknya merancang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan sebanyak 50 peratus daripada operasi sebelum Covid-19 dan tidak sabar untuk ke semua laluan domestik pada minggu-minggu akan datang bagi menampung peningkatan permintaan. Pada masa ini, AirAsia mengendalikan 152 penerbangan harian di serata rantau ini.

Beliau berkata, syarikat penerbangan itu juga berharap untuk melihat pembukaan semula sempadan antarabangsa yang jelas menunjukkan kepentingan pengangkutan udara bagi memulakan serta memulihkan aktiviti-aktiviti ekonomi di peringkat global. Fernandes berkata, syarikat itu akan turut memperluaskan Pas Tanpa Had AirAsia ke pasaran lain tidak lama lagi susulan sambutannya yang memberangsangkan di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply