ARKIB

KATEGORI

Buletin

Timor-Leste berminat untuk dapatkan Tarantula 4X4

Berita Tempatan

Views

Timor-Leste merancang untuk memperoleh kenderaan pengangkut berperisai buatan Malaysia, Tarantula 4X4 keluaran Mildef.

Menurut portal Business Timor, sumber berkata Mildef dan syarikat tempatan di Timor Leste, Golden Dragon Machineries Unipersonal Lda, akan mengadakan usahasama untuk memperkenalkan dan memberikan khidmat selepas jualan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Mereka bukan sahaja merancang untuk memberikan khidmat selepas jualan dan ia turut meliputi pertukaran teknologi antara kedua-dua buah negara.

Tarantula 4X4 merupakan kenderaan yang dibangunkan khas oleh syarikat teknologi ketenteraan Mildef International Technologies (MIT) dan ia telah diuji serta diperakui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga menepati piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, ia telah melalui ujian penilaian khas yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) di bawah Kementerian Pertahanan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kenderaan yang dibangunkan dan dibina sepenuhnya di Malaysia untuk pasaran global ini direka untuk mengangkut anggota tentera dan dilengkapi dengan sistem persenjataan moden seperti Sistem Senjata Kawalan Jauh (RCWS), pelancar bom tangan dan dapat disesuaikan mengikut keperluan pengguna.

Tarantula 4X4 sesuai dengan keadaan di negara-negara tropika dan ia reka bentuknya turut menepati kegunaan di pasaran Eropah dan Asia Tenggara.

Ia juga direka bertujuan untuk kos lebih rendah, mesra pengguna dan mudah dijaga, yang sangat sesuai dalam keadaan ekonomi semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply