ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tindakan seorang nenek tulis surat mohon rentas negeri dapat pujian polis

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, tindakan seorang nenek menulis sendiri surat permohonan untuk merentas negeri mendapat pujian polis yang mengadakan Op Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Butterworth, semalam.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, walaupun berusia 70 tahun, tindakan wanita warga emas itu wajar dipuji kerana patuh arahan apabila melakukan pergerakan rentas negeri dengan mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Beliau turut terharu kerana wanita itu menulis sendiri surat permohonan berkenaan dengan tulisan tangan yang mempunyai cap pengesahan Ketua Polis Balai Butterworth. Katanya, tindakan nenek itu menunjukkan kesungguhannya untuk mematuhi arahan walaupun dirinya sudah berusia.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Dalam perkembangan sama, Noorzainy berkata, seramai 96 individu diperiksa dalam menghalang cubaan orang awam merentas negeri. Jelas beliau, daripada jumlah diperiksa, lima individu dikenakan kompaun kerana masuk ke Pulau Pinang dengan pelbagai alasan tanpa mengemukakan sebarang dokumen.

Tambahnya, kelima-lima mereka melakukan pergerakan rentas negeri dari Padang Besar, Perlis ke Butterworth. Beliau berkata, selain stesen KTMB Butterworth, kawasan tumpuan seperti KTMB Tasek Gelugor juga dalam pemerhatian polis. Ujar beliau lagi, orang awam diingatkan supaya tidak sesekali cuba merentas negeri dan sekiranya perlu berbuat demikian, mereka kena mengemukakan dokumen kelulusan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply