ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tindakan tegas akan diambil jika cuba rentas negeri sempena Aidiladha

Berita Tempatan

Views

Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa ini.

Menurut Astro AWANI, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, kebenaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai urusan kecemasan.

Beliau percaya semua sekatan jalan raya (SJR) yang diaturkan oleh Ketua Polis Negeri (masing-masing) dan (semua) Ketua Polis Daerah telah bersedia untuk mengawal rentas daerah dan negeri.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jelasnya, rakyat perlu mematuhi arahan kerajaan dan mana-mana individu yang degil akan diambil tindakan undang-undang. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan orang awam yang dikatakan merentas negeri bagi tujuan untuk pulang sempena sambutan Aidiladha kali ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, keadaan aliran trafik di SJR di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan ketika ini berada dalam keadaan terkawal dan tiada kesesakan.

Katanya, mereka yang melalui SJR ini mempunyai dokumen sama ada untuk urusan pengambilan vaksin atau pun mereka yang mempunyai surat kebenaran bekerja daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, jika berlaku sedikit kesesakan, adalah perkara biasa disebabkan petugas mereka akan membuat pemeriksaan secara lebih terperinci melibatkan dokumen yang mereka miliki.

Di Kota Bharu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, keadaan semasa trafik yang memasuki negeri itu adalah terkawal walaupun berlaku peningkatan lima peratus jumlah kenderaan seperti dilaporkan semalam.

Beliau menjelaskan peningkatan itu hanya berlaku di pintu sempadan di Jeli iaitu kenderaan yang datang dari arah utara, manakala situasi trafik di Gua Musang dan Pasir Puteh sama seperti hari biasa dalam tempoh pelaksanaan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara, ketika ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply