ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tinggal sekitar Lembah Klang? Mitsubishi boleh hantar kereta baharu terus ke rumah!

Berita Tempatan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan ‘Home Delivery Service‘, iaitu perkhidmatan penghantaran kereta baharu terus ke rumah pelanggan.

Buat masa ini, perkhidmatan tersebut hanya ditawarkan untuk pelanggan yang tinggal sekitar kawasan Lembah Klang. Ia kemudiannya akan diperluaskan pula ke kawasan lain di seluruh negara.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan hanya perlu menempah dan mendaftar mana-mana model baharu Mitsubishi menerusi bilik pameran dalam talian dan trak pengangkut akan menghantar kereta baharu mereka terus ke rumah.

Menurut CEO MMM, Tomoyuki Shinnishi, pihaknya sentiasa berusaha untuk meningkatkan servis digital dan mahu pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat pembelian secara dalam talian.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Tambahnya, kini mereka menjadi pengeluar yang menawarkan proses pembelian secara dalam talian yang lengkap bermula dari bilik pameran maya, pandu uji, tempahan dan penghantaran.

Bermula sekarang sehingga 31 Disember 2021, pelanggan yang menempah dan mendaftar model Mitsubishi Triton dengan menggunakan kod promo 4SUREBELI menerusi bilik pameran dalam talian, bakal menerima jaket edisi terhad daripada North Face.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply