ARKIB

KATEGORI

Rencana

Tinjauan umum: Pemilik kereta mewah paling gemar guna ‘plat fancy’ – Cent-GPS

Rencana

Views

Menerusi eksperimen sosial dilakukan Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS), 56 peratus kesalahan plat kenderaan ‘fancy atau tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan oleh pemilik kenderaan mewah.

Harian Metro baru-baru ini melaporkan, hasil tinjauan dan eksperimen sosial terhadap kenderaan dengan nombor plat fancy dan cermin gelap haram di Lembah Klang telah dilakukan oleh pihaknya sejak Mei tahun lalu.

Tinjauan umum itu bagi mengenal pasti model kereta yang cenderung melanggar peraturan nombor plat dan cermin gelap ditetapkan JPJ.

Cent-GPS berjaya memerhati sejumlah 1,256 kenderaan di beberapa kawasan utama sekitar Lembah Klang dan tinjauan mendapati masih ramai rakyat Malaysia yang melanggar peraturan (plat kenderaan) walaupun spesifikasi dan piawaian sudah ditakrifkan dengan jelas.

Pasukan Cent-GPS telah ditempatkan di sekitar ibu kota sewaktu trafik sibuk pada hari bekerja bagi melakukan tinjauan. Daripada pemerhatian dilakukan, terdapat kenderaan yang mempunyai nombor plat dengan tulisan condong (italic) serta langsung tidak mempunyai jarak di antara huruf dan nombor.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, lapan peratus daripada kereta melakukan kesalahan nombor plat kenderaan adalah kenderaan bernilai RM50,000 atau kurang pada harga pasaran.

Sebanyak 13 peratus adalah kenderaan bernilai antara RM80,000 hingga RM120,000. Sebanyak 13 peratus lagi adalah kereta dengan harga antara RM120,001 hingga RM160,000.

Namun, sebahagian besar daripada kereta yang menggunakan nombor plat kenderaan fancy adalah kenderaan bernilai lebih daripada RM160,000 iaitu mewakili 56 peratus dari kenderaan dicatatkan.

Cent-GPS juga mengkategorikan data itu kepada kereta Continental (keluaran negara Barat), Asian dan Malaysia.

Pihaknya mendapati 33.4 peratus daripada keseluruhan pemilik kenderaan dengan nombor plat fancy ini membabitkan kereta model Continental (seperti Mercedes-Benz, BMW, Audi dan sebagainya).

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

51 peratus kereta pula melakukan kesalahan sama adalah model kereta dihasilkan pengeluar kereta Asia seperti Honda, Toyota, Hyundai dan sebagainya. Hanya 15.6 peratus kesalahan dilakukan kenderaan tempatan yang kebanyakannya membabitkan model Proton X70.

Daripada semua kenderaan menggunakan nombor fancy itu, sebanyak 58.5 peratus adalah kenderaan tergolong dalam kategori pendapatan T20 (kumpulan berpendapatan tertinggi dan pendapatan untuk isi rumah melebihi RM10,971 sebulan).

Sementara itu, 25.6 peratus termasuk dalam pendapatan kategori M40 (kumpulan berpendapatan sederhana antara RM4,851 sehingga RM10,970) dan hanya 15.9 peratus dalam kategori B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM4,850).

Pengiraan ini dilakukan dengan mengandaikan bahawa setiap kenderaan yang melalui kaji selidik adalah dibeli menerusi pinjaman bank dengan tempoh lima tahun bayaran balik tanpa bayaran muka.

Pihaknya juga mengandaikan bahawa pemilik kenderaan ini adalah individu celik kewangan yang tidak akan membelanjakan lebih 24 peratus dari jumlah gaji bulanan untuk membayar ansuran kenderaan.

Melalui cara mengenal pasti harga kenderaan, kami membuat anggaran pendapatan pemilik kenderaan dalam golongan B40, M40 atau T20. Walaubagaimanapun, pihak Cent-GPS tidak melakukan pemerhatian ini terhadap motosikal.

Maka, tidak boleh disimpulkan dengan sebulat suara bahawa individu T20 adalah lebih cenderung melanggar undang-undang JPJ berkenaan nombor plat.

Tambahan pula, terdapat juga kemungkinan besar bahawa kereta yang dinilai pada taraf T20 adalah dimiliki oleh pemilik M40 yang berbelanja lebih untuk bayaran pinjaman bank kereta.

Apabila pihaknya membuat kajian lebih terperinci, mereka mendapati bahawa 4 peratus daripada pemilik kenderaan dengan nombor plat haram ini mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000. Sebanyak 13 peratus mempunyai pendapatan sebanyak RM4,001 hingga RM7,000 sebulan.

Sekitar 14.4 peratus pula memperoleh pendapatan bulanan dari RM7,001 hingga RM10,000 sebulan. Manakala majoriti dengan 49.1 peratus daripada semua pemilik kenderaan yang menggunakan nombor fancy itu dianggarkan mempunyai pendapatan lebih dari RM15,000 sebulan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Namun angka ini adalah lebih kepada anggaran dan bukannya fakta konkrit. Walaupun eksperimen sosial Cent-GPS ini ringkas namun hasilnya harus membuatkan rakyat berfikir tentang budaya dan masyarakat Malaysia secara amnya.

“Dengan kereta bernilai lebih RM160,000 mendominasi kedua-dua kategori kesalahan nombor plat fancy dan cermin gelap melebihi had dibenarkan, kita perlu mempersoalkan mengapa masyarakat Malaysia melayan golongan ini dengan lebih keistimewaan,”.

Agak mengejutkan, lebih 16,561 pemilik kereta yang menggunakan nombor pendaftaran fancy masih gagal menjelaskan saman masing-masing sehingga kini.

Jumlah saman yang dikeluarkan itu menunjukkan pemilik kereta termasuk kenderaan mewah masih bersikap ‘degil’ dan angkuh terhadap peraturan ditetapkan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, berlaku peningkatan saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ujar beliau, berbanding tempoh sama pada 2021, sebanyak 9,174 saman belum dijelaskan daripada 25,670 saman yang dikeluarkan sejak awal Januari 2022.

Pelbagai kesalahan dikesan antaranya menggunakan huruf sehingga mewujudkan perkataan pada plat nombor pendaftaran selain nombor pendaftaran terlalu kecil. Wujud juga kesalahan tulisan tidak sesuai dan nombor terlalu rapat.

Menurutnya, tindakan saman dikeluarkan terhadap pemilik pendaftaran yang menyalahi undang-undang iaitu menggunakan nombor pendaftaran fancy. Pertuduhan di mahkamah dibuat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah beliau, selain saman, tindakan lain yang boleh diambil adalah mengikut Seksyen 108 (3)(e) bagi pemandu yang mempamerkan sesuatu pada kenderaan atau apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang diubah, diusik, dirosakkan, dicacatkan atau ditambah.

Pemilik kenderaan boleh dikenakan denda tidak kurang RM 5,000 dan tidak lebih 20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply