ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tip pemanduan ketika hujan apabila keluar ke jalan susur lebuhraya

Dangerous blurry driving car in the rainy and slippery road. Rain through windshield of moving car on highway. Car windshield wipers on in the rainy weather.
Views

Sempena musim cuti persekolahan dan sambutan Hari Raya AidilAdha yang bakal tiba Isini ini, kami kongsikan tip pemanduan dari saudara Azad Jasmi yang merupakan Ketua Pengajar di TIC (TAJ International College) Advanced & Performance Driving Academy. Beliau juga tidak asing dalam arena sukan permotoran tempatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa pengeluar automotif termasuk Proton. Jom kita baca tip dari beliau. Semoga tip ini dapat membantu anda semasa perjalanan pulang ke kampung halaman nanti.

Tip pemanduan ketika hujan apabila hendak keluar ke jalan susur lebuhraya

Saya cuba berkongsi sedikit info berkenaan tip pemanduan pada hari ini kerana saya sering lihat berlaku kemalangan yang insyaAllah mampu kita elakkan kerana hal ini berlaku kemalangan secara sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain.

Pada pagi ini saya telah lihat satu kemalangan sebuah kenderaan melanggar penghadang jalan (barrier) atau hampir setiap kali waktu hujan, banyak kemalangan yang kita lihat berlaku pada “Jalan Keluar Highway Lebuhraya” yang mana wujud selekoh pendek atau panjang yang merupakan jalan susur keluar dari lebuhraya tiga (3) atau empat (4) lorong (Lebuhraya Besar) dan jalan susur tersebut akan menjadi dua (2) lorong yang menuju ke Plaza Tol.

Jika anda perhatikan dengan teliti, anda boleh lihat keadaan penghadang jalan PLUS atau JKR yang terkena hentakan kenderaan ataupun penghadang jalan yang baharu ditukar kerana berlaku perlanggaran.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hal ini biasanya berlaku kerana jalan susur keluar dari penghadang jalan yang besar tadi (tiga (3) atau empat (4) lorong) menjadi jalan dua (2) lorong dan kadar “ketajaman” atau “degree of bend” makin meruncing dan disebabkan “ketajaman” selekoh yang makin tajam ini, maka pemandu tidak sedar bahawa kelajuan yang mereka pandu itu diteruskan dari lebuhraya terus ke jalan susur keluar; dan kelajuan ini menjadikan kenderaan terlalu laju terutamanya bila hari hujan, maka pemandu akan membrek dengan mengejut dan kenderaan tanpa ABS “terkunci” tayar dan melanggar penghadang jalan kiri atau kanan kerana kederaan akan terlibat dalam situasi yang di namakan “understeer” juga bagi kenderaan yang dilengkapi dengan ABS tapi tanpa kawalan dari pemandu yang baik maka akan berlaku juga perlanggaran seorang diri bersama penghadang jalan.

Berlaku juga situasi kenderaan “oversteer” dimana dengan kelajuan dari highway besar ke jalan susur keluar, pemandu bertindak memandu dengan kelajuan yang sama dan berlaku satu anjakan roda belakang yang tersasar keluar dan berpusing serta melanggar penghadang jalan. Mungkin infomasi ini tidak secara spesifik tetapi saya harap pembaca dapat sedikit manfaat dari sini. Nasihat untuk diri saya sendiri dan juga pembaca:

1. Perlahankan kenderaan anda, jika dari kelajuan 110km/h, saya berpendapat kelajuan pada jalan susur keluar perlulah tidak melebihi 60kmh atau kurang mengikut ketajaman selekoh sahaja pada kadar jalan kering dan jika pada hari hujan perlulah kurang dari 50kmh.

2. Lihat jalan tar pada keadaan lorong dan kadar warna tar yang lebih gelap biasanya lebih licin dengan kadar turapan yang baru dan kadar “minyak tar” yang lebih bila hari hujan.

3. Selalu berdoa agar Allah pelihara perjalanan kita dan walau apapun yang jika cuba lakukan, kita perlu memohon keberkatan pemanduan dari yang Maha Kuasa insya Allah.

Berhati-hati di jalan raya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply